[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Saya minta orang Arab derma walaupun satu dolar untuk UIAM pun tak dapat – Tun Mahathir

“Saya Nak Dapatkan Derma Untuk UIAM Pun Susah,” – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah sukar untuk mendapatkan sumbangan daripada penderma ketika beliau menjadi perdana menteri.
Oleh sebab itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak percaya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun peribadinya adalah wang yang disumbangkan oleh seseorang dari Timur Tengah.
“Siapa di dunia ini yang akan mendermakan AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia? Obama pun tidak dapat memperoleh jumlah ini untuk tawaran bidaan presiden beliau. Beliau berkata ia daripada seseorang dari Arab.
“Orang Arab memang murah hati, tetapi tidak sampai ke tahap itu. Saya tidak boleh mendapatkan walaupun satu dolar daripada mereka untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau untuk Pusat Islam Oxford,” tegasnya dalam entri terbaru di laman blognya chedet.cc , pada Isnin.
Dr Mahathir berkata, dakwaan wang sumbangan berbilion ringgit itu telah digambarkan sebagai sesuatu yang mengarut dan bodoh.
“Sudah tentu saya tidak percaya dan begitu juga majoriti rakyat Malaysia jika kita melihat kepada komen-komen di media sosial.
“Dunia mentertawakan kita,” katanya lagi.
Menurut Dr Mahathir, tidak seperti dulu, beliau kini tidak lagi berasa gembira apabila ditanya tentang Malaysia yang didakwa berdepan dengan rasuah.
Beliau turut mengaitkannya dengan isu 1MDB dan kepimpinan Najib serta nilai mata wang yang susut.
“Saya tidak dapat menjawab dengan benar. Saya juga tidak boleh berbohong. Ia adalah memalukan. Dan semua ini adalah kerana 1MDB dan Najib,” katanya.
Dalam pada itu beliau juga menganggap demokrasi di negara ini telah ‘mati’ apabila menjadi satu kesalahan sekiranya bercakap mengenai 1MDB.
“Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana seorang pemimpin yang dipilih memilih untuk menggulingkan institusi Kerajaan dan menjadikannya alat bagi mengekalkan dirinya,” kata Dr Mahathir.
Menerusi blognya kali ini, Dr Mahathir dilihat mengimbas kembali kronologi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula dengan laporan yang disiarkan oleh The Edge sehinggalah kepada penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet.

Sumber: Mstar
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search