░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/12/15

Mesej Terakhir DJ Radio Sebelum ‘Ghaib’


KLANG 11 August 2015. Anggota bomba membuat pemeriksaan bersama anjing pengesan berdekatan lokasi pencarian seorang lelaki yang di percayai hilang di Pengkalan Nelayan Rantau Panjang, Kapar. STR/Muhammad Sulaiman

Kapar: “Subhanallah! Gelap tak dapat cari jalan ni,” itu antara mesej sempat dihantar seorang penyampai radio, Azhar Muhammad, 45, kepada rakannya melalui aplikasi WhatsApp sebelum hilang di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin, mangsa dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan itu untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berhampiran.
Bagaimanapun mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam selepas turut sempat menghubungi isterinya dan memberitahu akan pulang tidak lama lagi.
Rakan baik mangsa, Ahmad Ridzwan Yahya, 35, berkata, mangsa dipercayai menghantar mesej itu selepas tersesat di kawasan hutan bakau itu.

“Mangsa juga sempat menghantar pesanan “sebelum bateri telefon bimbit ini habis, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam kumpulan ini”. lapor myMetro.
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com