░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/27/15

Kurang Ajar! Ibu Terima Mesej Lucah Untuk Bantu Anak


SEORANG ibu melahirkan rasa kecewanya selepas menerima beberapa mesej pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah daripada individu tidak dikenali cuba mengambil kesempatan terhadap masalah yang dihadapinya.
Ia susulan artikel disiarkan oleh sebuah akhbar Harian Metro semalam, mengenai pemintaan Nor Hasmilia Abu Seman, 25 untuk mengurangkan bebanan ditanggung untuk merawat anaknya yang menghidapi penyakit kronik.
Justeru beliau yang memohon sumbangan masyarakat sudah pasti terpaksa mendedahkan nombor telefon untuk memudahkan perhubungan dengan orang luar yang ingin membantu.
Tetapi ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan nombor telefon berkenaan dengan menyatakan ingin membantu tetapi perlukan ‘balasan’ yang tidak munasabah.
Berikut adalah SMS yang diterimanya.

1.1

2.2

3.3

4.4

“Saya tidak menyangka ada individu yang tergamak hantar SMS begini sedangkan kami hanya mohon bantuan atau sekurang-kurangnya doa orang ramai.

“Bimbang dengan SMS itu, saya dan suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di George Town, Pulau Pinang semalam, ” ujarnya.

Apa yang boleh dikatakan ialah perkara tersebut sememangnya merupakan perbuatan yang kurang ajar lagi biadap kerana mengambil kesempatan terhadap situasi mangsa.
Apa-apa pun, laporan kepada pihak polis telah dilakukan dan kami mengharapkan pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu biadap terbabit.-Mynewhub.cc
Oleh: haziqqqqq

 __________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com