░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/15/15

Kisah Gadis Belanja Seorang Pakcik Tiket KTM RM2 Dibalas RM300


Kisah ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, Cik Ezzaty Amin sebagai sumber inspirasi kepada semua. Kisah ini telah dialihbahasa ke bahasa Melayu untuk bacaan umum.

Semoga kisah ini dijadikan pengajaran dan teladan buat semua.

Nilai RM 2

Hari ini saya pergi ke Shah Alam untuk berjumpa dengan kawan-kawan, jadi saya mengambil KTM dari Batu Caves ke Shah Alam. Ketika beratur, ada seorang pakcik beratur di belakang saya.

"Assalamualaikum pakcik, nak p mana?".

Dia tersenyum sambil melihat pada saya dan berkata "Shah Alam".

"Oh sama lah kita!", kemudian saya membeli satu tiket untuk dewasa dan satu tiket warga tua (kerana di berumur 68 tahun). Dia terkejut, kemudian saya berkata "tak apa pakcik, saya belanja".

Sepanjang perjalanan, kami berborak dan dia memberikan saya kad bisnesnya, tetapi saya tidak memberi perhatian kepada kad bisnes tersebut dan terus memasukkannya ke dalam dompet saya. Kami bercakap tentang keluarga, karier dan dia memberitahu dia seorang mualaf, dari Sabah dan meminta saya memeriksa bacaannya, surah Luqman 1-15.

Nak dipendekkan cerita, sebelum kami berpisah, dia bertanya kepada saya. "Buku apa tu? Boleh pakcik tengok?". Saya kata boleh dan memberikan buku tersebut kepadanya (Langit Ilahi oleh Hilal Asyraf). Setelah kami sampai, dia berkata "jadi orang baik, ikhlas, saya akan mendoakan kamu di Mekah"(dia akan ke Mekah untuk menunaikan haji Ahad ni).

Bila saya sampai di rumah, saya ternampak RM300 di dalam buku., dan apabila saya melihat kad bisnesnya, dia adalah seorang Kapten dan Pengarah Projek untuk Syarikat Kejuruteraan Marin dan Penambakan.

Mungkin itu sebabnya dia membayar RM2 untuk RM300 :').

Tuhan telah berjanji, kita tidak akan menjadi lebih miskin jika mengeluarkan sedikit dari kekayaan kita untuk kebajikan.

 - Siakapkeli.my

__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com