░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/21/15

“Kembalikan Muhammad Raqib Rayyan, saya merayu nak susukan bayi saya”

“Kembalikan Muhammad Raqib Rayyan, saya merayu nak susukan bayi saya”
“Kembalikan Muhammad Raqib Rayyan, saya merayu nak susukan bayi saya”

Sedih melihat keadaan seorang bayi bernama Muhammad Raqib Rayyan yang masih berusia 2 bulan terpaksa berpisah dengan ibu kandungya. Bayi yang masih 2 bulan ini juga sudah dinafikan haknya untuk mendapat susu ibu sendiri.



Kisah bayi malang ini telah dikongsi oleh saudara Dwan Inzaghi di laman facebooknya bertujuan untuk menyedarkan pihak keluarga bapa bayi tersebut. Anak yang di rampas dari pada ibunya dilakukan bukan orang lain akan tetapi oleh ayahnya sendiri, atuk serta neneknya.
Si ibu yang sudah mengalah sehingga meminta kepada keluarga si suami membawa bayi itu ke balai polis untuk di susukan dan kemudian diambil kembali namun permintaannya tidak dilayan.




Amat menyedihkan bila si kecil ini menjadi mangsa antara pertelingkahan kedua ibu bapa, apapun permintaan Dwan Inzaghi kepada pengguna facebook agar memviralkan perkara ini untuk membantu si ibu yang merindui anaknya setelah 4 hari diambil paksa oleh bapa kandung bayi tersebut.
Difahamkan pasangan berkenaan menghadapi masalah keluarga. Namun keluarga sebelah pihak suami masuk campur sehingga tergamak mengambil tindakan seperti itu. Laporan polis juga telah dibuat, malangnya polis enggan campur tangan kerana ini adalah masalah rumahtangga.




Menurut Dwan Inzaghi lagi, kes pasangan itu juga telah dipanjangkan ke mahkamah dan kini menunggu keputusan mahkamah. Jelasnya lagi, dia berkongsikan nasib malang yang menimpa ibu muda ini bukan bertujuan mencari salah mana-mana pihak, tetapi untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan si kecil selain dari memastikan kesihatannya terjaga.
Berikut adalah apa yang dikongsikan oleh saudara Dwan Inzaghi di facebook beliau:

Kembalikan Muhammad raqib rayyan kepada ibunya…
Lihatlah wajah suci anak comel yang tidak berdosa ini. Baru berusia 2 bulan tetapi sudah dinafikan haknya untuk mendapat susu ibu serta kasih sayang seorang ibu.
Anak ini dirampas secara kasar daripada ibunya sendiri bukan oleh orang lain tetapi oleh ayahnya sendiri serta atuk dan neneknya. Begitu kejam sekali tindakan mereka.
Si ibu sudah mengalah sehinggakan meminta keluarga suaminya membawa bayi ini ke balai polis untuk disusukan dan kemudian ambillah kembali, namun permintaannya tidak dilayan.
Sangat menyedihkan dengan apa yang berlaku. Masuk hari ini sudah tiga hari bayi ini terputus hubungan dengan ibunya. Sangat menyedihkan. Mana hilangnya nilai kemanusiaan?
Wajah sugul baby Raqib Rayyan ketika ditinggalkan ibunya yang ketika itu mendapatkan rawatan di Hospital. Gambar dua- percubaan Opah Raqib untuk mencuba susu botol kepada cucunya tapi Raqib enggan menerima.
Jadi bagaimana suami dan mentua ibu Raqib nak memberikan susu kepada bayi ini.
Dan yang paling penting dalam keluarga sebelah bapanya, mereka tidak pernah mempunyai bayi sebelum ini. Jadi bagaimana mereka nak menjaga Raqib dan memahami ragam serta masalah bayi.
Apa pendapat anda? Dimanakah nilai kemanusiaan keluarga ini? Post ini tidak bertujuan memburukkan mana-mana pihak tetapi sebaliknya menuntut simpati agar bayi ini tidak dinafikan hak untuk menerima susu ibunya sendiri. Urusan mahkamah tetap akan dibuat dan apa keputusannya akan dihormati.



Menurut si ibu, bekalan susu badan masih tidak dapat disampaikan kepada bayinya sehingga kini. 
Si ibu juga sudah buntu bagaimana cara untuk bayinya mendapat bekalan susu yang berkhasiat. 
Ya Allah.. bantulah si ibu ini. hancur luluh hatinya.
Semoga masalah mereka ini segera dapat diselesaikan. Kasihanilah bayi ini, kerana masa 
depannya masih jauh lagi. Berikanlah kehidupan sempurna keatas anak ini. Bagi kaum keluarga 
pula, elakkanlah campur tangan masalah rumah tangga anak-anak. Beri anak-anak ruang 
untuk menyelesaikan masalah sendiri. Bukan tidak boleh campur tangan langsung, tetapi 
biarlah berpada-pada. Cukuplah dengan memberi nasihat tetapi bukan meruntuhkan 
atau mengeruhkan lagi keadaan.
Sumber : Popiyah
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com