░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/10/15

Insiden Lowyat: 3 jurujual telefon bimbit didenda RM1,800 kerana pukul Shahrul Anuar

Putrajaya: Sebuah kapal tangki, MT Jaoquim yang hilang di perairan Selangor malam tadi berjaya dikesan di timur Pulau Rupat, Indonesia kira-kira 8.45 pagi tadi iaitu di 1.5 batu nautika di luar sempadan Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksmana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, siasatan awal juga mendapati, 3,500 metrik tan minyak mentah (marine fuel oil) bernilai RM2.7 juta yang dibawa kapal didapati hilang.
Beliau berkata, dua kru kapal mengalami cedera ringan, namun helikopter Maritim Malaysia sudah memberi bantuan awal dan membawa kedua-dua mereka ke Hospital Melaka.
"Buat masa ini, kapal berkenaan sedang bersauh di posisi yang dikesan kerana mengalami kerosakan.
"Kapal yang dalam perjalanan dari Tanjung Pinang, Indonesia menuju ke Pulau Langkawi itu membawa 10 orang kru masing-masing sembilan warga Indonesia dan seorang warga Singapura," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 12:27 PM
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menunjukkan gambarajah Kapal Tangki Mt Joaquim yang hilang. FOTO Fariz Iswadi Ismail.
Jurujual telefon bimbit didenda
Jurujual telefon bimbit didenda
Tiga jurujual telefon bimbit masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah atas pertuduhan mencederakan penganggur dalam satu insiden di Plaza Low Yat, bulan lalu.
Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29; Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26.
Mereka turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Tingkat G, Plaza Low Yat, dekat sini pada 4.57 petang, 11 Julai lalu.
Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com