░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/12/15

Gadis Terima Padah Gara-Gara Tampal Sticker #TangkapNajib Di Keretanya


Akibat menampal stiker #TangkapNajib di kereta, seorang wanita disoal siasat oleh polis kerana dipercayai melakukan perbuatan menghasut.
Wanita dari Kuching Sarawak itu menampal stiker terbabit di cermin belakang kereta Hyundai Elantra berwarna putih dipercayai milik wanita berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Ahmad Bek mengesahkan kejadian, memetik laporan dari 
“Lebih kurang jam 3 petang semalam (Isnin), sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Kulas, Kuching telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat perkataan #TangkapNajib berwarna putih dibelakang cermin kenderaan tersebut,” katanya.
Hasil semakan lanjut kemudiannya mendapati pemilik kenderaan tersebut adalah seorang wanita.
Wanita terbabit telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamana.
Jika disabitkan kesalah wanita tersebut boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
“Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mempamerkan pelekat yang seumpama itu dimana-mana bahagian kenderaan,” tegas Roslan.

__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com