[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

“Dalam dunia ni, hanya 3 orang lelaki sahaja yang saya cium tangannya” – Ahmad Maslan




Ahmad Maslan
Dalam dunia ni, hanya 3 orang lelaki sahaja yang saya cium tangannya


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan merayu agar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti dari terus menyerang kerajaan.



Beliau ketika ditemui SuaraTV ketika Majlis Aidilfitri JASA 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, tindakan Dr Mahathir itu tidak membawa sebarang kebaikan untuk negara.
“Saya harap beliau (Tun Mahathir) berubah kerana apa yang beliau lakukan itu tidak memberikan sebarang kebaikan kepada agama, bangsa dan tanahair.

“Saya amat menghormati beliau (kerana) dalam dunia ini ada tiga orang sahaja yang saya cium tangannya (ketika bersalam) yang pertama tangan arwah ayah saya, yang kedua tangan Tun Abdullah Ahmad Badawi (dan) yang ketika tangan Tun Dr Mahathir Mohamad” katanya kepada SuaraTV malam tadi.

Menurut Ketua Penerangan UMNO itu, kenyataan tersebut hanya merujuk kepada ahli politik dan orang biasa melainkan Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Beliau turut melahirkan harapan agar Dr Mahathir berhenti dari membuat kenyataan terbuka yang boleh melemahkan parti dan kerajaan.
“Harapan kita ialah agar beliau tidak lagi menyerang (dengan) begitu rupa.

“Itulah harapan ikhlas dari saya, sebagai seorang yang menganggap Tun Dr Mahathir (sebagai) negarawan dan juga idola politik” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang mempertikaikan penjelasan kerajaan berhubung isu dana politik.

Menurutnya atas sebab itu juga beliau cuba untuk mengelakkan dari memberikan sebarang komen yang dianggap kurang sesuai terhadap Dr Mahathir.

Terdahulu mantan Perdana Menteri itu berkata perhimpunan jalanan boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk menyingkir Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dari jawatannya.

“Itu hanyalah sebagai langkah terakhir. Kita bukan orang ganas. Kita tidak sepatutnya memilih jalan demostrasi kerana ia akan menyusahkan orang lain.

“Tetapi jika tiada jalan lain, ia boleh dilakukan,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu sidang media di Universiti Tunku Abdul Rahman petang semalam.

Sumber: Suara.tv
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search