░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/14/15

Berbaju Kurung Di Milan, Tanpa Sedar Gadis Melayu Ini Jadi Tumpuan Ramai

Berbaju Kurung Di Milan, Tanpa Sedar Gadis Melayu Ini Jadi Tumpuan Ramai
Berbaju Kurung Di Milan, Tanpa Sedar Gadis Melayu Ini Jadi Tumpuan Ramai


Berbaju kurung di luar negara apatah lagi di negara yang mana majoriti rakyatnya berbangsa Eropah bukanlah sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi kita dari Malaysia.
Namun tidak begitu bagi Cik Ainaa Hamizah, seorang pegawai kerajaan yang bertugas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kisah yang ingin kami bawakan tentang Cik Ainaa ini bermula daripada status beliau yang telah dikirim oleh salah seorang pembaca Vocket.
Semalam. Ada orang tu dia pegi merayau jauh-jauh. Then penat, jadi dia menenangkan fikiran, duduk atas beca main henpon. Bile dongak, tetibeperasan kena kerumun. Jadi dia senyum. Gilaaaa!
Tertarik dengan kisah ‘rare‘ beliau ini, kami jejaki Cik Ainaa dan beliau telah sudi berkongsi kisah ini dengan lebih lanjut.
S: Boleh berikan sedikit latar belakang Cik Ainaa dari segi pekerjaan dan sudah berapa lama bertugas di Milan?
J: Saya adalah salah seorang pegawai kerajaan yang bertugas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Jalan Duta.
Bermula tahun lepas, saya terlibat secara langsung dalam penyelarasan penyertaan Malaysia di Ekspo Milan yang juga merupakan salah satu agenda utama Kementerian ini bagi tahun 2015. Jadi saya telah bertugas di Pavilion Malaysia di Ekspo Milan 2015 bertempat di Milan, Itali sejak beberapa bulan yang lalu.


Back to the extremely hot summer city.
S. Adakah Cik Ainaa sering berbaju tradisional sewaktu bertugas di sana ?
J: Pakaian harian yang ditetapkan bagi tugasan harian di Pavilion ini adalah Polo-T dan Navy Blue Pants yang ditempah khas.
Namun saya memilih untuk berpakaian tradisional baju kurung sekerap yang mungkin walaupun bekalan baju kurung yang dibawa sedikit terhad.
Saya lebih gemar  berbaju kurung baik di Malaysia atau di luar negara mengambil kira aspek kebiasaan dan keselesaan. Mungkin sesetengah orang merasa rimas memakai baju kurung apatah lagi bagi musim panas di Milan yang kadangkala mencecah suhu 40 darjah, tapi bagi saya ini adalah pakaian biasa atau pakaian harian saya.
Perkara yang paling penting bagi saya ialah menonjolkan identiti Malaysia. Mengambil kira sekarang ialah musim panas, saya lebih memilih warna-warna terang untuk baju kurung yang dipakai.


The daddy came and said ‘She wanted to dance with you’.
Out of the blue moon meh? Tapi sebab omey angat, titew okey jewww. Siap flying-flying kiss lagi!
S: Bagaimana pandangan dan sambutan orang-orang di Milan setiap kali Cik Ainaa berbaju tradisional?
J: Pengangkutan utama ke tempat kerja adalah menggunakan train. Umum tahu bahawa majoriti penduduk di sini menggunakan perkhidmatan train ini bagi pergerakan seharian.


Ketika dalam perjalanan menaiki train. Setibanya train di Rho Fiera Station, saya didekati oleh satu pasangan suami isteri yang meminta untuk bergambar bersama saya dan memuji rekaan baju kurung berwarna ceria yang dipakai pada hari berkenaan.
Pengalaman pertama menaiki train di Milan dengan memakai baju kurung, tidak dinafikan, sangat janggal mengambil kira pandangan orang sekeliling. Dengan pandangan dan renungan yang diberikan, pelbagai persepsi yang timbul menaikkan lagi rasa janggal juga bersilih rasa bangga.


And another experience to share. Went to work wearing baju kurung. Everyone was looking and staring, some stopped and asked for a snap with meself. Maluuu. Konon. Cet! Remember, this is not of me, it’s of the baju kurung. Be proud with our traditional wear. Malu la sesapa yang malu pakai baju kurung. They appreciate it so why can’t you?
Ada satu ketika permulaan saya memakai baju kurung, satu pasangan ingin memulakan perbualan dalam bahasa Itali yang memang langsung tidak saya fahami ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki train. Dengan bantuan seorang gadis remaja Itali yang fasih berbahasa Inggeris, perbualan diterjemah seperti berikut:
‘You look beautiful in that dress. Is this your country’s dress? We don’t really have one national dress that looks unique in itself, just like yours. What a beautiful design of dress.’

Main-main fitting costume. Esok pakai sari pulak. DPA sangattt! All in one. Bindey dandet!
S: Dari salah satu gambar saya lihat Cik Ainaa juga pernah sertai perarakan pakaian tradisional semasa di sana? Atau itu untuk acara lain?
J: Acara ini merupakan Peragaan Fashion Mini yang dianjurkan sebagai salah satu aktiviti harian yang diadakan di Pavilion Malaysia. Pelbagai pakaian tradisional dari pelbagai etnik (Melayu, Cina, India, Kadazan, Sumazau) diperagakan. Saya dengan rela hati menawarkan diri untuk memakai songket.



S: Tentang kisah ini, bagaimana perasaan Cik Aina bila sedar orang-orang Milan sedang snap gambar Cik?
J: Ini merupakan satu yang bagi saya sangat spontan dan kelakar. Pada hari kejadian, saya terlibat dengan tugasan yang memerlukan saya berjalan ke sana sini membuat lawatan ke Pavilion negara lain.
Usai tugasan dan sekembalinya ke Pavilion Malaysia, saya tergerak untuk berehat sebentar di atas beca. Asasnya, beca ini disediakan untuk memberi peluang kepada para pengunjung Ekspo untuk bergambar (Photo Opp).
Namun pada ketika kejadian, tiada pengunjung yang berhenti untuk mengambil gambar, justeru saya mengambil keputusan untuk duduk di atas beca sambil mata tertumpu pada telefon bimbit dan tangan kiri memegang kipas tangan.
Kurang lebih 5-10 minit kemudian, rakan di Pavilion memanggil nama saya dari jauh, saya mendongak dan perasan bahawa saya telah dikerumuni oleh beberapa pengunjung Ekspo.
Ya, perasaan pada mulanya adalah malu dan saya bertanya di dalam hati;
‘What am I now? Trishaw is the photo opp, not me. So should I just sit and smile or should I stand and give them to have their photo opp?’.
Sejurus perasan bahawa saya dikerumuni oleh pengunjung, saya bergegas bangun dari beca, namun digesa oleh para pengunjung untuk kekal berada di dalam beca kerana gambar yang mereka mahukan ialah tidak lain tidak bukan,the Malaysian face or rather the Malaysian look. Jadi saya betulkan kedudukan dan senyum!!! Dan perasaan bangga sekali lagi.
Selepas saya turun dari beca, beberapa pengunjung turut menyambung untuk mengambil kesempatan bergambar bersama saya, mengabadikan kenangan bersama rakyat Malaysia berpakaian tradisional.
With the bellisime Malayalised barbie dolls! Malayalised, word. Haha –Milan, Italy
S: Ada pesanan yang Cik Ainaa ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia berkaitan pemakaian baju tradisional?
J: “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”, “Alah bisa, tegal biasa”.
Itulah pepatah yang sesuai dalam mengenengahkan pemakaian tradisional Malaysia. Jujur diingatkan bahawa baju kurung ini sesuai digayakan samada formal atau kasual. Tambahan dengan rekaan kontemporari moden kini, ia lebih sesuai digayakan ke mana sahaja.
Bagi saya yang kerap menghadiri acara formal, jika diberi pilihan untuk memakai suit blazer atau baju kurung, saya pasti memilih baju kurung. Bukan sahaja kerana keselesaan baju kurung itu sendiri, tapi kerana identiti yang dibawa bersama atau ditonjolkan menerusi pemakaian baju kurung.


Molto carino!!! This blonde cutie is so manja. She hugged and kissed me the first time we met, asked me to bersila with her some more, so manja! And believe what, she was left with me for half an hour while her mother went jalan-jalan and makan-makan. Selamba je mak dia.
Ini merupakan hari pertama saya mengenakan baju kurung bagi tugas di Milan. Mengejutkan apabila kanak-kanak ini datang dan memeluk saya lantas meminta saya untuk duduk bersama beliau di atas jalan di laluan utama Ekspo ini. Ibunya dipetik berkata;

“You’re lovely in that dress and her eyes captured that from far”.
Saya sememangnya dikenali dengan watak yang kurang lebih sedikit kasar bagi seorang perempuan, jadi pemakaian baju kurung sedikit sebanyak membantu mengawal peribadi saya.
Umum tahu dan lihat bahawa pemakaian baju kurung sememangnya menonjolkan kesopanan dan kemanisan adab si pemakai.



Jangan malu untuk menyarungkan busana tradisional baju kurung, lebih-lebih lagi jika di luar negara terutamanya baju batik/sutera lukis Malaysia. Itulah satu-satunya cara langsung untuk menonjolkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Bak kata pepatah “Dari mata turun ke hati”.
Untuk makluman, beberapa pengunjung tertarik untuk mendapatkan baju kurung yang boleh dibuat kenangan dalam koleksi mereka. Saya berkesempatan pulang ke Malaysia ketika hari raya yang lalu, dan turut membawa bersama 3 pasang baju kurung kepada pengunjung yang bertukar contacts bersama saya, yang benar-benar ingin mendapatkan baju kurung sebagai koleksi.
Jadi jika mereka benar-benar menghargai busana tradisional kita, mengapa harus kita berasa malu untuk mengenengahkan tradisi kita sendiri?


Beberapa aktiviti turut diadakan di Pavilion Malaysia ini, seperti tarian tradisional dan dikir barat. Saya turut menyertai dikir barat yang diadakan, dan dengan memakai baju kurung, benar-benar merasakan bahawa pakaian ini sangat sesuai untuk ditonjolkan tambahan lagi dengan persembahan yang dibuat.
S: Nampaknya masa melawat stadium real madrid pun Cik Ainaa berbaju kurung. Boleh kongsikan sedikit tentang lawatan ini?
J: Ketika ini, saya adalah dalam rangka lawatan rasmi YB Menteri ke Madrid. Saya tidak terlibat dalam mesyuarat yang dihadiri oleh YB Menteri, namun ketika 2 hari di Madrid, saya memang memakai baju kurung sekalipun ketika lawatan ke Stadium Bernabeu.


Kami pusing satu stadium bermula dari bilik persalinan, stadium, ruang pameran hingga ke kedai jualan. Dan tiada masalah sepanjang berbaju kurung kerana saya sudah biasa.
Dan nampaknya bukan orang-orang Milan saja yang sukakan baju kurung Cik Ainaa. Kanak-kanak pun sukakan beliau tak kira sama ada sewaktu beliau berbaju kurung atau sebaliknya. Buktinya lihat saja yang ini. Hehe.


One miraculously sweet moment which turned to a regretful moment. Haha, sorry cutie! A girl came and asked me to dukung. So I did, and later she did not want to turun.
The mommy and daddy were stuck to get her down. Nevertheless we succeed, after half an hour. Half an hour carrying a kid of this size during summer, iIm dying.
Kepada Cik Ainaa, terima kasih atas perkongsian ini. Juga terima kasih kerana memperkenalkan baju kurung kepada orang-orang di Milan. Nampaknya benarlah bagai di kata – baju kurung tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kekal sopan dan terkurung ayu si gadis yang memakai hingga menambat hati sesiapa yang memandang. Syabas Cik Ainaa!


Sumber : The Vocket
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com