░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/21/15

4 Gambar: Kereta The Beast Barrack Obama Paling Canggih Di Dunia

Kehadiran Presiden Amerika, Barack Obama ke Malaysia pada akhir April lalu menyaksikan sebuah kereta rasmi Obama yang mempunyai ciri keselamatan yang paling canggih di dunia. Kami difahamkan setiap kali Obama mengadakan lawatan kerja ke mana-mana negara, kereta yang digelar The Beast ini akan turut dibawa bersama. Senang cerita, tuan rumah tidak perlu susah-susah menyediakan kenderaan. Apa yang uniknya kereta ini ya? 






Kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dalam lawatan rasmi ke Malaysia banyak menarik perhatian masyarakat setempat untuk mengetahui tentang kenderaan canggih yang digunakan Presiden Amerika itu iaitu pesawat peribadi beliau iaitu Air Force One dan kereta ‘The Beast’ yang dilengkapi keselamatan yang canggih yang digunakan sepanjang tempoh lawatan rasmi beliau di Malaysia.
Kereta presiden Amerika The Beast iaitu model Cadillac One buatan General Motors keluaran 2009 juga merupakan kereta yang paling canggih di dunia selain memiliki aspek keselamatan yang tinggi untuk melindungi penumpangnya. Kereta ini juga turut memiliki ciri-ciri sebuah kereta kebal.
Kereta rasmi The Beast milik presiden Amerika Syarikat boleh memuatkan 7 orang di dalamnya dalam satu-satu masa. Kereta ini mempunyai berat 8 tan dan memiliki panjang 5 meter. Pintu kereta itu direka khas dengan pintu kalis peluru setebal 20cm, badan keretanya diperbuat dari besi keluli, titanium dan seramik yang membuatkan ianya tahan dan kukuh.
Selain itu, tayar kenderaan ini direka agar kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Tangki minyak dan chasis kereta ini juga diperbuat dengan bahan kalis letupan. The Beast juga turut dilengkapi dengan senapang ‘Shot Gun‘ dan kamera untuk penglihatan malam. Selain itu, antara yang unik dan canggih dalam kenderaan ini adalah kerana kereta ini turut dilengkapi dengan bekalan oksigen dan darah yang sama jenis dengan Presiden Amerika Syarikat ini sekiranya berlaku sebarang musibah atau kecemasan.
Dengan ini kereta The Beast milik presiden Obama ini dinobatkan kenderaan perlindungan paling canggih di dunia.
Sumber : I Malaysia Kini
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com