[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

[VIDEO] Sengsara Budak 13 Tahun Di Pukul Hingga Mati

Sengsara budak 13 tahun sebelum mati
Dhaka: Polis Bangladesh memburu sekumpulan lelaki yang membelasah seorang budak lelaki berusia 13 tahun hingga menyebabkan kematiannya serta merakam perbuatan kejam mereka di Sylhet, utara negara itu.
Dalam video sepanjang 28 minit itu, budak malang itu merayu meminta air ketika dia terbaring tidak bermaya. Video berkenaan yang menjadi viral di internet, mencetuskan bantahan besar-besaran,
Menurut polis, bedah siasat mendapati mangsa yang diberi nama Samiul Alam Rajon mengalami kecederaan pada seluruh tubuhnya, termasuk di kepala dan dada. Dia mati akibat pendarahan dalaman.
“Samiul Alam Rajon mati pada 8 Julai akibat dibelasah tanpa belas kasihan. Tubuhnya ada 64 kesan luka termasuk di kepala,” kata ketua polis tempatan, Alamgir Hossain kepada AFP.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan Kamal, berkata polis sudah menahan dua orang berhubung pembunuhan itu dan sedang mencari empat lagi.
“Mereka akan ditahan dan menerima hukuman berat,” katanya.
Ketua kumpulan itu, Muhit Alam, direman lima hari mulai Isnin, untuk siasatan kerana membunuh. Dia ditahan ketika mahu membuang mayat mangsa di satu kawasan terpencil.
Samiul berkerja menjual sayur sambilan selepas berhenti sekolah bagi membantu keluarganya yang miskin dan menurut polis, kumpulan itu mengikatnya pada tiang selepas menuduhnya mencuri - dakwaan yang dinafikan keluarga budak itu.
“Anak saya bukan pencuri. Saya mahukan keadilan untuk pembunuhannya,” kata ibunya, Lubna Aktar.
Dalam video itu, budak berkenaan yang ketakutan menjerit kesakitan dan berkata berulang kali: “Tolong jangan pukul macam ini, saya mati nanti.”
Penyerangnya pula kedengaran cuba memaksanya mengaku terbabit dalam kecurian.
Pada satu ketika dia disuruh pergi tetapi ketika dia cuba bangun, seorang penyerang berkata: “Tulangnya masih elok, pukul dia lagi.”
Mereka juga kedengaran berbincang untuk menyiarkan video itu di Facebook supaya ‘semua orang boleh menyaksikan apa yang berlaku kepada pencuri’
Tonton video di bawah:

__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search