VIDEO
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemalangan yang melibatkan seorang
pemandu dan seorang penunggang motosikal yang membonceng anaknya di
Segamat, Johor tersebar dan menjadi viral di Facebook.
Ekoran
daripada kejadian tersebut, mangsa yang merupakan seorang guru agama di
sebuah sekolah dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian
manakala anaknya pula patah kaki.
Melalui
video berkenaan, Allahyarham Ustaz Jamal dirempuh sebuah kereta jenis
Proton Saga FLX yang hilang kawalan dan dikatakan kereta tersebut jelas
melanggar lampu isyarat merah.
Rakaman CCTV Pemandu ‘Gila’ Rempuh Penungang... by mynewshub
Memetik
laporan saksi, dikatakan perempuh seakan-akan tidak merasakan bersalah
walaupun telah menyebabkan mangsa meninggal dunia dan anak ustaz itu
tiba-tiba menjadi yatim.
“Buat
laju ikut suka hati, orang lain yang kena kemudian turun kereta buat
macam tak bersalah. Al-Fatihah buat Ustaz Jamal yang meninggal di tempat
kejadian dan anaknya patah kaki,” ujar Ali Isa
Kepada
pemandu-pemandu di Malaysia, memandu secara berhemah, kesian kepada
keluarga mangsa yang tak pasal-pasal beraya dengan penuh kesedihan pada
tahun ini.
Bila
anda pandu laju maknanya anda tahu anda akan membahayakan orang lain
dan boleh menyebabkan pengguna jalan raya yang lain terbunuh…
Fikir-fikirkan lah.
-MYNEWSHUB.CC__________________________________________________________
.png)
0 Comments