SEBAGAI seorang muslim, semua maklum Kaabah, Makkah merupakan titik rujukan bumi yang menjadi arah kiblat bagi umat Islam.
Oleh itu, mengetahui arah kiblat adalah kemestian bagi umat Islam dalam mendirikan solat kepada Allah SWT.
Namun,
sejauh mana anda yakin posisi arah kiblat yang anda amalkan selama ini
adalah tepat ke arah Kaabah? Dan bagaimana pula jika ada yang tidak tahu
arah Makkah di mana?
Usah
gusar lagi, kerana seorang lelaki Turki, Soner Ozenc berjaya mencipta
teknologi yang mudah dan praktikal iaitu sejadah yang boleh bercahaya
apabila berada pada arah kiblat yang tepat.
Sejadah
unik yang diberi nama El Sajjadah itu dikatakan diperbuat menggunakan
bahan neoprene yang mempu bercahaya mengikut corak yang direka iaitu
imej Masjid Biru di Istanbul.
Menurut Ozenc, sejadah itu mempunyai kompas digital yang boleh menentukan arah kiblat dan memberikan maklumat kepada pengguna.
Uniknya, sejadah ini juga dilengkapi dengan butang yang boleh menutup cahaya lampu pada sejadah berkenaan.
Difahamkan,
pada masa ini hanya terdapat dua El Sajjadah di dunia kerana Ozenc
masih lagi mengumpul dana untuk pengeluaran tikar ini secara
besar-besaran suatu hari nanti.
Kita doakan semoga usaha Ozenc untuk mengeluarkan sejadah berteknologi ini berjaya tercapai. – MYNEWSHUB.CC
__________________________________________________________.png)
0 Comments