░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

7/9/15

Tun Siti Hasmah perli Rosmah Mansor apa tugas seorang isteri Perdana Menteri

Sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja disanjung sebagai negarawan tetapi juga turut mengumpul pelbagai kritikan sepanjang pentadbirannya.
Tetapi keadaan sebaliknya berlaku kepada isterinya Tun Siti Hasmah Mohamad Ali yang disegani kawan dan lawan kerana sikap lemah lembut dan keibuannya.
Hasmah juga tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi.
Beliau sebaliknya lebih dikenali dengan kerja-kerja kebajikan melalui badan isteri menteri-menteri BAKTI, minat mendalam pada sukan badminton serta menjadi inspirasi sebagai doktor wanita Melayu pertama.
Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya rahsia untuk menjadi seorang isteri kepada pemimpin tertinggi negara ini.
Dengan meminta tidak membandingkan dengan sesiapa, Hasmah berkongsi ‘resipinya’ dengan Malaysiakini: Jangan bersaing dengan suami anda.
“Sebagai isteri PM, jangan bandingkan (dengan sesiapa)… secara umumnya kamu mesti sokong suami, kamu mesti berpengetahuan, kamu mesti tahu apa yang berlaku di sekeliling dan kamu mesti pastikan bersama dengan suami apabila bertemu rakyat.
“Orang ramai hendak tahu bahawa ini isteri PM dan mereka bersama-sama, mereka mementingkan kekeluargaan.
“Jadi kamu mesti sokong tetapi jangan sesekali bersaing dengan suami kamu,” begitu pesan Hasmah.
‘Jangan pandai-pandai janji’
Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia yang keempat dan paling lama dalam sejarah Malaysia bermula pada tahun 1981.
Setelah bersara pada 2003, beliau bagaimanapun terus memainkan peranan penting mempengaruhi perjalanan politik negara dan dilihat penyumbang penting terhadap kejatuhan penggantinya sendiri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.
Malah, Mahathir kini giat mengasak pentadbiran Najib yang terpalit kontroversi sekitar dana pelaburan negara yang terbeban hutang, 1MDB.
Sementara itu, diwawancara Malaysiakini di Putrajaya pada Isnin lepas, Hasmah juga berkata seorang isteri perdana menteri harus menjadi orang tengah antara suami dan rakyat biasa, tetapi jangan mudah membuat janji.
“Mereka (rakyat) tidak dapat jumpa suami, mereka jumpa isterinya. Dan adalah minta apa-apa, jangan janji sesuatu. Cuma cakap kamu akan sampaikan kepada suami kamu untuk pertimbang.
“Bukan kerja kamu beritahu orang ramai, ‘ya, saya akan pastikan kamu dapat itu ini, kontrak itu ini’.
“Tidak, sebagai PM, beliau (Mahathir) tidak akan benarkan perkara ini, malah anak-anaknya sendiri tidak dibenarkan masuk politik. Saya anggota Umno tetapi tiada jawatan dalam Umno,” katanya.
Ketika bercampur dengan orang ramai juga, Hasmah berkata seorang suami harus dihormati “bukan sahaja kerana beliau suami kamu tetapi juga perdana menteri kamu, seperti juga orang lain”.
Pengajaran dari orang miskin
Dengan perwatakan lemah lembut dan penampilan sederhana berbaju kurung motif batik, Hasmah juga mengingatkan isteri pemimpin negeri supaya sentiasa merendah diri dan tidak menyombong.
“Kamu mungkin doktor atau mungkin juga isteri MP (anggota parlimen), tetapi jika kamu sombong, mereka (rakyat) tidak akan terima kamu,” kata Hasmah.
Beliau sendiri ,kata Hasmah, belajar semua itu ketika ditugaskan sebagai doktor pertama wanita Melayu di Kedah, di mana beliau bercampur gaul dengan rakyat biasa yang rata-ratanya miskin.
“Tetapi mereka ajar saya bagaimana untuk merendah diri, bagaimana buat baik dan bercakap sopan dengan orang,” katanya mengimbau pengalaman berkhidmat di Kedah ketika Mahathir masih dikenali sebagai “Doktor Umno” di Alor Setar dan belum mempunyai jawatan dalam kerajaan.
Kini, di usia sembilan dekad, Hasmah tetap setia menemani suaminya ke mana-mana.
Malah, walaupun sudah bersara 12 tahun, Mahathir masih dianggap sebagai faktor penting perubahan politik dalam negara ini.
Di usia 90 tahun, siapa sangka Mahathir masih bertenaga mengharungi pelbagai cabaran dunia politik. Semua ini pastinya tidak mudah tanpa seorang Siti Hasmah di sisi.
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com