Norasyakila bersama Allahyarham Muhammad Saddam Hussin.
KLUANG
- Muhammad Saddam Hussin sering menyebut mengenai mati kepada bakal
tunangnya, Norasyakila Mazlin, 23, sejak kebelakangan ini berikutan
bimbang keselamatan diri ketika menunggang motosikal.
Norasyakila
berkata, berita kematian Muhammad Saddam Hussin amat mengejutkan kerana
kali terakhir mereka berhubung pada jam 11.40 malam kelmarin sebelum
arwah mengambil anak saudaranya di Pasir Gudang.
Katanya,
kali terakhir mereka bertemu dua minggu lalu apabila Muhammad Saddam
Hussin datang dengan menaiki motosikal ke Sungai Petani, Kedah, untuk
menemuinya bagi membincangkan hubungan mereka.
“Itu
kali terakhir saya bertemu dia dan tidak sangka itu pertemuan terakhir
kami sebelum majlis pertunangan yang bakal dilangsungkan 25 Julai ini.
“Saya
mengenali arwah sejak 2010 dan disebabkan sudah saling kenal kami
bersetuju mengikat tali pertunangan tetapi hajat kami tidak kesampaian,”
katanya ketika dihubungi semalam.
Norasyakila berkata, sejak kebelakangan ini, arwah sering menyatakan dia akan sayanginya walaupun sudah tiada di muka bumi ini.
“Dia
selalu kata “walaupun saya sudah tiada, saya hendak awak tahu saya
sayang awak sampai bila-bila....’ tetapi masa itu saya hanya diam.
“Saya
pada mulakan tidak perasan sangat tetapi semakin lama semakin kerap dia
cakap, jadi saya makin risau sesuatu akan berlaku. Namun saya reda
dengan pemergiannya,” katanya sebak.__________________________________________________________
.png)
0 Comments