
Pagi semalam, saya terserempak dengan seorang samseng jalanan berdekatan dengan lampu isyarat di Bukit Puchong 2.
Saya nampak lelaki ini dengan motosikalnya datang dari belakang, jadi
saya pun beri isyarat ke kiri sebelum masuk. Tetapi tindakan saya
menyebabkan dia terlepas lampu hijau dan dia hilang sabar dengan saya.
Dia memberhentikan motosikalnya di tepi kereta saya dan menunjukkan
reaksi amarahnya. Dia bertambah berang apabila saya tidak
mempedulikannya.
Apabila lampu isyarat bertukar hijau, dia menunggang motosikal di hadapan kereta dan menunggang dalam keadaan zig-zag.
Saya berasa takut dan memperlahankan kereta serta cuba untuk tidak
mengendahkan lelaki itu. Dia kemudian memberhentikan motosikalnya di
hadapan membuatkan saya tiada pilihan kecuali berhenti sama.
Dia mengambil sesuatu objek dari motosikalnya yang dipercayai besi dan
memukul tingkap kereta saya. Saya segera dan merakam (video) tindakannya
itu.
Apabila dia menyedari saya membuat rakaman video, dia menendang dan merosakkan cermin sisi kereta saya sebelum berlalu pergi.
Selepas kejadian itu, saya terus membuat laporan polis di Balai Polis
Bukit Puchong. Selesai memberikan segala maklumat mengenai kejadian itu,
pihak polis yang bertugas tidak mahu menerima gambar dan video sebagai
bahan bukti. Mereka hanya memberitahu ambil maklum mengenai perkara itu.
Saya harap mereka benar-benar mengambil tindakan terhadap samseng
jalanan ini agar kejadian yang sama tidak terjadi pada pengguna jalan
raya yang lain.
Berhati-hatilah selalu. - REINEE TEN
__________________________________________________________
0 Comments