KUALA LUMPUR:
Akhirnya Perdana Menteri Najib Razak telah mengaku. Memang ada
kemungkinan bahawa Malaysia akan jatuh bankrap. Prospek menakutkan ini
pertama kalinya didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Idris Jala pada tahun 2010 dengan memberi amaran bahawa Malaysia
berkemungkinan akan jatuh tersungkur seawal 2019, yang mana ironinya
akan berlaku setahun lebih awal daripada tarikh 2020 yang dijangkakan
oleh kerajaan Umno-BN dimana negara boleh mencapai status 'negara maju'.
Kekecohan yang berlaku sejurus amaran Idris menyebabkan orang ramai
mengecam pentadbiran Najib yang dilihat telah melakukan salah urus dari
segi pengurusan ekonomi.
Ini telah
mencetuskan beberapa siri penafian dari pemimpin berprofil tinggi
antaranya termasuk Najib sendiri, timbalannya Muhyiddin Yassin dan bekas
Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Walau bagaimanapun kelmarin, Najib
telah mengulangi semula akan kemungkinan Malaysia akan jatuh muflis.
Mungkin sekali Najib sudah tidak boleh lari lagi dan cuba mencari jalan
untuk memujuk rakyat menerima Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang
sememangnya telah menjadi langkah yang tidak popular.
Walau
bagaimanapun, ramai pakar tidak menolak kemungkinan kebankrapan seperti
Greece boleh berlaku kepada Malaysia. Malah, agensi-agensi penilaian
seperti Fitch memberi amaran terhadap hutang negara yang mencatatkan
rekod tertinggi dan masih lagi bertambah berserta dengan defisit fiskal.
Walaupun pada minggu lalu Moody telah meletakkan Malaysia dari aras
'stabil' kepada 'positif', pengakuan terbaru Najib melonjakkan spekulasi
bahawa keputusan Moody mungkin telah didorong oleh perbuatan melobi dan
memujuk oleh pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. "Kita perlu mencari
sumber pendapatan tambahan dan itulah sebabnya kita perlu melaksanakan
GST," Star melaporkan Najib sebagai berkata pada satu seminar mengenai
Pemerkasaan Ekonomi Negara pada hari Ahad.
Najib juga
memegang portfolio Menteri Kewangan walaupun terdapat ramai yang
mendesaknya untuk melepaskan jawatan itu dimana ramai pengkritik
menegaskan telah ia telah diabaikan oleh Najib yang juga tidak
berkelayakan untuk memegangnya. Tidak boleh lari lagi? Bankrap seperti
Greece Menurut Najib, Malaysia mempunyai dua pilihan iaitu menaikkan
pendapatan melalui cukai GST atau meminjam dari luar. Dengan
mempertahankan GST, Najib menegaskan bahawa ia penting dilaksanakan
kerana negara mungkin berhadapan dengan kebankrapan jika ia memilih
untuk meminjam. Dia juga berkata bahawa keputusan kerajaan untuk
memperkenalkan GST telah menjadikan Moody bersetuju untuk menilai semula
prospek Malaysia, oleh itu, tidak mungkin cukai baru adalah sesuatu
yang negatif seperti yang dicanangkan oleh mereka yang membantahnya.
"Ini adalah kerana mereka tahu Malaysia telah mengambil langkah-langkah
pengukuhan fiskal yang tidak popular tetapi perlu untuk kebaikan negara
ini," kata Najib. Najib membidas pembangkang kerana komen mereka yang
seolah-olah keliru kerana ada antara mereka menyokong GST tetapi pada
masa yang sama mencampuradukkan isu ini dengan hujah-hujah yang
menyimpang termasuk bil elektrik di kediaman rasminya yang amat tinggi.
Dia menjelaskan bahawa Sri Perdana merupakan hak rakyat dan dia hanyalah
mendiami tempat itu buat sementara waktu seperti dua orang PM
sebelumnya. “Ia mempunyai tempat khusus untuk majlis. Jika seorang ketua
negara datang, adakah kami akan makan dalam gelap?
Jika presiden
China datang melawat, adakah kami akan ajak mereka makan dengan
diterangi lilin sahaja dan bilang ini lebih romantis?” Kata Najib sambil
berseloroh. ‘Tunjukkan contoh yang baik terlebih dahulu sebelum
menyuruh rakyat' Walau bagaimanapun, ahli-ahli politik pembangkang belum
yakin dengan hujah-hujahnya. Mereka menegaskan bahawa Najib perlu
mengamalkan penjimatan terlebih dahulu, seperti pemotongan ke atas
perbelanjaan mewah untuk "dasar yang sering dipersoalkan" serta gaya
hidup rasmi mewah yang diamalkan olehnya dimana ramai sudah sedia
maklum, sebelum menggesa rakyat untuk membayar cukai lagi. "Dia
menunjukkan kedangkalannya dan licik dalam memberi jawapan bodoh. Kami
bertanya mengapa dalam masa yang sukar ini dia tidak cuba untuk
mengurangkan kos dan menjimatkan wang. Bil elektriknya lebih daripada
RM2 juta dan jika dia boleh mengurangkannya, ia pasti akan membantu,"
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
"Tentang GST,
apa yang kami tidak faham? Pembangkang sudah jelas berkenaan GST bukan
kerana sistem cukai itu sendiri tetapi kerana kita percaya majoriti
rakyat masih miskin dan tidak mampu menanggung beban tambahan pada
ketika keadaan ekonomi sebegini. "Najib juga cuba untuk
menjustifikasikan GST dengan mengatakan bahawa sebahagian besar daripada
penduduk tidak membayar cukai. Ini membawa kita kepada satu persoalan
yang bagus untuk dijawabnya kepada rakyat -. Mengapa selepas
bertahun-tahun Umno-BN memerintah, majoriti rakyat masih begitu miskin
sehingga mereka jatuh di bawah garisan pembayar cukai? Adakah ia
berkaitan dengan rasuah besar-besaran dalam pentadbiran Najib dan
Umno-BN sehingga rakyat jelata tinggal dalam kemiskinan manakala negara
dihimpit hutang yang besar? Kini, Najib mahu rakyat membayar GST pula
untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang yang telah diciptanya
melalui rasuah dan merompak - adalah ini adil dan wajarkah ini berlaku?
Tidak patriotik jika tidak bayar GST Tian merujuk kepada komen Najib
bahawa dalam 14 juta pekerja di Malaysia, hanya 1.34 juta sahaja yang
membayar cukai.
“Itu hanyalah
dalam 10% yang membayar dan ada lagi yang sepatutnya membayar tetapi
tidak berbuat begitu,” Najib mempertahankan dirinya serta kerajaannya.
Dia kemudian merujuk kepada definisi patriotik iaitu menjalankan
tanggungjawab kepada negara termasuk membayar cukai. Dia juga menambah
bahawa jangkaan rakyat terhadap kerajaan semakin tinggi dan lebih banyak
perbelanjaan akan diperlukan untuk memenuhi permintaan rakyat. PM juga
mengingatkan bahawa kita tidak boleh hanya bergantung kepada hasil
petrolium sahaja yang sememangnya akan menyusut. Dia juga menambah
bahawa kebimbangan bahawa GST akan menyebabkan kenaikan harga barang
yang mendadak tidak berasas sama sekali. Menurut Najib, 160 buah negara
lain telah pun mengimplimentasikan GST dan mengikut pengalaman mereka,
hanya akan berlaku kenaikan harga yang sedikit pada tahun pertama ia
diimplimentasi. “Tidak mungkin kesemua negara ini telah melakukan
kesalahan dalam mengimplimentasikan GST,” tambahnya lagi.
__________________________________________________________.png)
0 Comments