Kredit Foto: mohdzarin.com
SESIAPA yang mengunjungi festival raya Mood Republik KL yang diadakan di
PWTC sejak semalam hingga esok, pasti dapat rasakan betapa hangatnya
sambutan orang ramai.
Rata-rata datang untuk membeli baju raya daripada 300 jenama terkenal yang dijual pada harga murah di sini.
Selain membeli pakaian baharu, semalam menyaksikan ratusan individu
turut sanggup berkampung di PWTC dan tidur di sana semata-mata bagi
merebut pelbagai hadiah menarik yang dijanjikan kepada 1,000 pengunjung
terawal.
Mood Republik KL, merupakan acara yang amat berjaya malah mencatat
sejarah menarik pengunjung teramai di PWTC dalam tempoh 30 tahun.
Tapi adatlah, acara yang besar sudah tentu mempunyai kelemahan yang perlu diperbetulkan pada masa akan datang.
Bagaimanapun teguran yang dilakukan salah seorang pengunjung terawal
yang datang semalam, dikatakan telah membuat dirinya di-block dari laman
Instagram Mood Republik.
Menurut pengunjung terbabit, insiden yang membuatkan dirinya kurang puas
hati dengan acara Mood Republik adalah cara pengurusan yang kurang
teratur hingga membuatkan orang ramai bersesak sekaligus boleh
membahayakan keselamatan pengunjung.
Imbuhan yang dijanjikan kepada pengunjung terawal juga dikatakan tidak
diterima seperti sepatutnya, sebagai contoh duit raya minima RM20 yang
sepatut diterimanya cuma berisi nilai RM2.
Jom ikuti luahan panjang pengunjung tersebut yang dipetik dari blog mohdzarin.com:
Apa itu Mood Republik?
Mood Republik adalah Festival raya terbesar (apa yang dimaklumkan)
dan setiap tahun pasti menerima ratusan ribu pengunjung. Pada tahun ini,
Mood Republik diadakan di PWTC dan lebih 300 jenama mempromosikan
barangan masing-masing. Mood Republik terkenal dengan lautan manusia
yang membanjiri pintu masuk sebaik saja pintu masuk dibuka. Fenomena ini
menjadi trademark buat penganjuran Mood Republik.
8 Fakta Mengenai Mood Republik
1. Terdapat 300 Jenama Terunggul di Malaysia
2. 100,000 goodies bagi pengunjung terawal
3. Diadakan di dewan paling besar di PWTC
4. 3000 ruang parking, Kemudahan berbuka/solat
5. Promosi luar biasa iaitu di LED Terbesar di Asia Tenggara
6. 1,000 pengunjung pertama bakal menerima duit raya dari CEO Mood Republik bernilai RM100, RM50 & RM20
7. Masuk PERCUMA.
Untuk merasai sendiri pengalaman untuk menjadi 1000 orang pertama,
saya telah sampai seawal jam 5 pagi di PWTC pada hari pertama. Tak
sangka rupanya dah ramai yang sampai lebih awal dari saya.
Sekurang-kurangnya lebih kurang 100 orang telah bermalam di PWTC kerana
masing-masing telah diberi nombor giliran sejak semalam dan tidak mahu
terlepas sebarang pengumuman. Kebanyakkan dari mereka tidur
bergelimpangan dikaki lima PWTC entah dari pukul berapa.
Kredit Foto: mohdzarin.com
Apa yang berlaku pada awal pagi?
6:00am
Tepat jam 6pagi, petugas Mood Republik membuat pengumuman dan
briefing mengenai nombor giliran. Pada masa tu saya rasa pengunjung baru
lebih kurang 200 orang saja. Alhamdullilah saya mendapat nombor 176
ketika itu. Hampir 1 jam kami disusun mengikut nombor dan seterusnya
diminta duduk dilantai. Kami disusun mengikut bentuk L dan dimaklumkan
akan berkumpul semula sekitar jam 8pagi.
7:30am
Walaupun belum ada apa-apa arahan, tapi pengunjung lain dah mula
sampai. Masa ni ada petugas Mood Republik yang standby dan bagi arahan
untuk duduk dan memberi nombor giliran yang baru kepada pengunjung yang
baru sampai. Walaupun belum jam 8 pagi tapi lobby PWTC dah hampir nak
penuh. Ada juga pengunjung yang membawa kanak-kanak.
8.30am
Nampaknya masih belum ada arahan dari pihak penganjur dan kami semua
masih menunggu dilantai masing-masing. Orang dah semakin ramai dan dalam
sedar tak sedar rupanya proses memberi nombor telah berlarutan hingga
ke nombor 700++. Mereka yang memegang nombor ini semua duduk jauh dari
kaunter pendaftaran dan berhampiran dengan tangga. Kebanyakkan dari
mereka akur dengan arahan pihak penganjur.
9.00am
Pengunjung yang baru sampaipun bertambah ramai. Pihak pengurusan
memberhentikan proses penyerahan nombor kerana nombor sudah mencecah
1,000. Pengunjung yang baru sampai tidak dapat berbuat apa-apa selain
berdiri dan menunggu saja.
9.30am
Suasana di lobby terlalu ramai sehingga pengunjung yang baru sampai
pun tiada tempat berdiri. Pihak penganjur memberitahu kepada pengunjung
yang baru sampai supaya masuk selepas 1000 orang yang pertama. Orang
ramai berdiri di mana saja yang mereka boleh sehingga sebenarnya dah
tiada tempat untuk bergerak walaupun sedikit. Ruang menunggu bagi 1000
pertama tadi tu pun dah berpecah. Lautan manusia dah mula membanjiri
lobby PWTC.
10.15am
CEO Mood Republik tak sampai-sampai lagi walaupun dijanjikan proses
penyerahan goodies adalah pada jam 10am. Pengunjung yang tidak mempunyai
nombor tidak tahu apa yang harus ditunggu kerana tiada maklumat dari
penganjur. Kebanyakkan dari mereka hanya ingin masuk ke dewan utama
untuk membeli belah. Tetapi rupaya semua pengunjung harus mempunyai cop
tangan yang mana proses untuk cop tangan ini adalah proses dan laluan
yang sama untuk menerima goodies.
Pengunjung mula berang dan beberapa kali pengunjung menjerit “boo”
kepada penganjur. Saya tak pasti samaada memang tiada aircond tetapi
suasana menjadi terlalu panas. Sedang semua orang menunggu CEO, ada pula
petugas dari booth mana yang memberikan sticker promosi produk kepada
beberapa orang pengunjung. Oleh kerana semua pengunjung tak tahu itu
adalah hanya sticker promosi, kebanyakkan dari pengunjung berebut-rebut
sticker tu sehingga berlaku kekecohan. Mereka menyangkakan sticker itu
adalah sticker untuk membolehkan masuk ke dewan utama ataupun sticker
cabutan bertuah.
10.30am
Barulah CEO sampai dengan bangganya. Di dalam keadaan yang terlalu
padat sehingga tidak boleh bergerak, saya lihat tiada langsung arahan
atauapun panduan yang diberi oleh pihak penganjur. Ada diantara mereka
yang mengambil gambar dari dalam kaunter dengan muka gembira kerana
event mereka telah berjaya dan ramai orang datang.
CEO pun tak banyak cakap dan sepatahpun tak memohon maaf. Proses
memberi goodies terus dijalankan tanpa mengambil kira faktor keselamatan
orang ramai yang ketika itu terlalu padat dan marah. Semua pengunjung
baik yang ada nombor atau tidak merempuh ke arah CEO untuk mengambil
goodies dan duit raya. Pengunjung yang tidak mempunyai nombor tidak tahu
mengapa mereka harus berbuat demikian tetapi kebanyakkan dari mereka
tiada pilihan lain kerana sedang diasak dari belakang.
Pengunjung yang mempunyai nombor diberikan beberapa goodies bag dan
sampul raya. Proses penyerahan ini sudah tidak mengikut nombor lagi.
Saya tak dapat bayangkan apa yang pemegang nombor 500 ataupun 700
terpaksa lalui untuk mendapatkan goodies tersebut. Sedangkan saya yang
memegang nombor 176 pun terpaksa berebut-rebut. Pengunjung yang tidak
mempunyai nombor tetapi berjaya tiba dikaunter pula terus dihalau dan
disuruh beratur semula. Saya tak salahkan mereka, sebab mereka tak tahu
apa yang berlaku sebenarnya. Kebanyakkan dari mereka hanya mahukan cop
tangan untuk dibenarkan masuk ke dewan utama. Ada juga krew pihak
penganjur yang mengugut pengunjung untuk ke belakang sedikit sebelum dia
menolak dengan kasar. Sikap keanak-anakan ini mencerminkan, pihak
penganjur tidak bersedia menghadapi pengunjung yang terlalu ramai.
Setelah lebih 1 jam gagal mengawal keadaan, akhirnya pihak penganjur
membenarkan orang ramai masuk saja ke dewan utama tanpa cop tangan.
Saya juga kecewa kerana saya hanya menerima RM2 di dalam sampul raya.
Kalau nak ikutkan seperti yang dijanji, sekurang-kurangnya saya
mendapat RM20. Tetapi bukanlah duit yang saya inginkan, tetapi inilah
selling point yang mereka sering jual dan sudah pastinya harus
dikotakan.
Private dan Block Instagram
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan kejadian ketika pagi tadi, saya
memberikan pendapat dan komen di Instagram @moodrepublik. Komen saya
tidaklah kasar malahan memberikan gambaran yang sebenar. Namun begitu,
tak sangka pihak pengurusan mem“block” akaun instagram saya dan
menghalang dari melihat update di instagram @moodrepublik. Perkara ini
berlaku kepada ramai pengunjung dan bila dilihat semula
sekurang-kurangnya 2,000 pemilik akaun instagram di”block” oleh
@moodrepublik. Mereka juga turut menukar instagram mereka kepada mode
Private.
Strategi apakah ini? Mereka malas untuk meminta maaf secara terbuka
tetapi rajin untuk block 2,000 pengikut diinstagram. Saya rasa ini
adalah kesilapan terbesar pihak penganjur.
*Kisah selanjutnya boleh dibaca di blog beliau.
Kredit Foto: mohdzarin.com
Apa pun, kita tumpang berbangga dengan penganjuran acara mega yang berjaya oleh anak Melayu di PWTC.
Cuma seharusnya penganjur mungkin perlu lebih profesional dan berlapang
dada untuk menerima segala kritikan demi penambahbaikan pada masa akan
datang, betul tak?
__________________________________________________________
.png)
0 Comments