Rogol adik ipar ketika isteri dalam pantang
“Yang
Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi
berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di
hospital melahirkan anak bongsu kami,” jawapan spontan tertuduh, Awang
Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di
Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Duda
kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik
iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan
seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan
dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.
Bagaimanapun,
perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor,
Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin
menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah
tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan
itu direkodkan.
Berdasarkan
pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak
bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah
melakukan persetubuhan dengan mangsa.
Manakala,
mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan
perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.
Zainal
Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan
pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan
berjalan secara berasingan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.
Mengikut
fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat
laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan
mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi
perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.
Rentetan
laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan
siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar
mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid
deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala
Terengganu.
Hasil
ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan
keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak
Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan
tertuduh.
Bagaimanapun,
selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun
berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang,
pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.
Dengan
itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum
penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan
sebatan jika disabitkan kesalahan. -SH
Ulasan GB
Iktibar: Oleh itu wahai kaum Hawa, untuk mengelakkan dari dirogol jangan mandi open-air.
Ku
berpesan kepada diriku dan semua: Didiklah diri dan anak-anak (terutama
perempuan) supaya tidak mandi dalam keadaan bertelanjang.
Sudah
menjadi trend orang sekarang mandi berbogel apatah lagi sekarang sudah
ada bilik mandi serba lengkap, menyangkakan tiada yang melihat.
Ingatlah selain malaikat, Allah juga sentiasa Maha Melihat. Hadith Nabi saw:
Ù‚َالَ بَÙ‡ْزٌ عَÙ†ْ Ø£َبِيهِ عَÙ†ْ جَدِّÙ‡ِ عَÙ†ْ
النَّبِÙ‰ِّ صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ
الله Ø£َØَÙ‚ُّ Ø£َÙ†ْ ÙŠُسْتَØْÙŠَا Ù…ِÙ†ْÙ‡ُ
Bahaz berkata dan menerima dari ayahnya,
dari
neneknya dari Nabi s.a.w. sabdanya : "Allah itu lebih berhak untuk
dimalu daripada seluruh manusia" Hadis sahih riwayat Bukhar
__________________________________________________________
0 Comments