Tiada Aduan Bukti Rakyat Malaysia Sokong Kenaikan Harga - Hasan Malek
KUALA LUMPUR:
Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang
dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pada
Jumaat.
"Kita tidak
menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat
sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya,"
katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen 'Kembali Ke
Sekolah' AEON.
Hasan turut menggesa supaya semua perniagaan untuk bertimbang rasa.
"Tolong bantu kementerian dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya."
Beliau berkata,
pegawai kementerian akan membuat pemantauan, dan meminta pengguna yang
menyedari tentang kenaikan harga melampau supaya membuat aduan.
"Kita merancang
untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan
lain-lain lagi," katanya.
Mengenai
kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kerajaan
seharusnya mengurangkan kos berbanding menaikkan harga, Hasan berkata,
beliau menghormatinya tetapi tidak bersetuju dengan pandangan itu.
"Kita akan melihat pandangan Tun serta rakyat. Kita mahukan sistem yang terbaik."
Sesiapa yang
ingin membuat aduan boleh menghubungi talian hotline kementerian di
1-800-886-800, atau emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.
Sumber : Mstar
__________________________________________________________.png)
sumber
0 Comments