Sejak disiarkan laman pembocor rahsia Sarawak Report, akaun yang didakwa
milik Datin Seri Rosmah Mansor dihujani deposit percubaan daripada
sebilangan rakyat Malaysia yang ingin mengesahkan kewujudan akaun itu. –
Gambar The Malaysian Insider
Individu pertama yang cuba mengesahkan kewujudan akaun atas nama “Rosmah
Binti Mansor” itu adalah Satees Muniandy yang cuba memindahkan RM1
kepada akaun sekitar jam 8.30 malam semalam.
Satees memuat naik rakaman skrin proses perbankan atas talian menerusi
laman Maybank2u dan imej tersebut dikongsi sebahagian pengguna Facebook
yang mengikuti perkembangan politik Malaysia.
Pengguna Internet, Satees Muniandy memuat naik rakaman skrin proses
perbankan atas talian menerusi laman Maybank2u dan imej tersebut
dikongsi sebahagian pengguna Facebook yang mengikuti perkembangan
politik Malaysia. – Gambar dari Facebook, 10 Julai, 2015.
Tidak cukup berpuas hati dengan Satees yang hanya memeriksa nombor akaun
tetapi tidak mengesahkan sama ada akaun itu masih aktif atau tidak,
bekas wartawan Malaysiakini, Kuek Ser Kuang Keng memindahkan wang
sebanyak RM1 dengan caj perbankan sebanyak 53 sen kepada akaun Affin
Bank atas nama yang sama.
Kuek kemudian memuat naik imej yang diekstrak daripada proses itu ke laman Facebook miliknya.
“Saya masukkan TAC (kod pengesahan urus niaga) dan sekarang Rosmah ini dah lebih kaya sebanyak RM1,” katanya.
Bekas wartawan Malaysiakini, Kuek Ser Kuang Keng memuat naik imej yang
diekstrak daripada proses memindahkan wang sebanyak RM1 ke laman
Facebook miliknya. – Gambar dari Facebook, 10 Julai, 2015.
Sementara itu, seorang rakan Kuek dikenali sebagai Keow Wee Leong pergi
sendiri ke mesin deposit wang bagi dan cuba memindahkan sejumlah wang
yang tidak diketahui jumlahnya ke akaun sama.
Keow Wee Leong turut memuat naik imej yang mempamerkan nombor akaun
dengan nama Keow Wee Leong turut memuat naik imej yang mempamerkan
nombor akaun dengan namanya. – The Malaysian Insider
.png)
0 Comments