Tan Sri Ninian
Mogan Lourdenadin, doktor berketurunan India yang beralih menjadi
hartawan runcit, kini tersenarai antara individu terbaru 40 rakyat
Malaysia terkaya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan
perniagaan Forbes.
Untuk makluman anda, gabungan kekayaan 40
individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3
(RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun
sebelumnya,
Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok
individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion)
juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya.
Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah Lourdenadin…individu berketurunan India yang kaya raya itu?
Maklumlah,
sebelum ini bila bercakap tentang ahli perniagaan India, yang sering
disebut orang ialah Ananda Krishnan dan Tony Fernandes saja.
Sebenarnya tak banyak yang kita tahu mengenai latar belakang beliau.
Yang
pasti beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai
perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan
perubatan di Malaysia, Fiji, Papua New Guinea dan Australia.
Dengan penyenaraian Lourdenadin ini, jumlah individu terkaya di Malaysia yang berketurunan India nampaknya makin bertambah.
Ini adalah antara senarainya;
1. Usaha Tegas-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
2. AirAsia-Anthony Francis Fernandes(Datuk Tony Fernandes)
3. Multi Vest Resorces Berhad-K.Ketheeswaran(Dato K.Kenneth Eswaran)
4. Chase Perdana Berhad-Mohan Krishna Swamy(Dato Mohan K Swamy)
5. MK Land- Kasi
6. Binariang-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
7. Pan Malaysian Pools-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
8. Tanjong Golden Village-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
9. Maxis-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
10. Tanjong PLC-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
11. Astro-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
12. Powertek Berhad-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
13. Quest International-Vijay Eswaran
14. Amway- Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham
15. Eversendai-A.K.Nathan
16. Measat Global Berhad- Ralph Marshall
17. MBF Holdings Berhad- Dr Ninian Mogan Lourdenadin(Lourdes)CEO
18. MBF Holdings Berhad- Susan A/P Rajanayagam MD
19. Meda Inc. – Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
20. SP Setia- George Anthony Dass David
21. Scicom- Dato’ Ahmad Kabeer Bin Mohamed Nagoor/Krishnan Menon
22. Safeguards Corporation-Darmendran Kunaretnam
Untuk
rekod, Ananda Krishnan mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah
AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion), Tony Fernandes mempunyai RM1.77 bilion
manakala Lourdenadin memiliki aset sebanyak RM1.5 billion.
Seorang
lagi wajah baru ialah kontraktor Datuk A K Nathan, 54, ahli perniagaan
berketurunan India yang berjaya di negara ini dengan harta sebanyak
AS$250 juta (RM830 juta).
Syarikatnya, Eversendai, terbabit dalam banyak pembinaan di Asia Barat termasuk Burj Khalifa di Dubai.
Penulis
bukan mahu menjadi seorang yang rasis dalam hal ini, tetapi penulis
rasa kita orang Melayu jangan lagi asyik berbalah sama sendiri dan asyik
berpolitik sepanjang masa.
Di saat kita asyik bertelagah, orang lain nampaknya makin maju dan kedepan dalam semua bidang.
Contohnya
seperti penyenaraian orang terkaya ini, siapa sangka dalam masa
terdekat ini usahawan India kita nampaknya semakin ‘menjadi-jadi’
kekayaan mereka sedangkan jumlah ahli perniagaan Melayu yang ada dalam
senarai hanyalah balik-balik orang yang sama.
Suatu ketika dulu,
masyarakat India sering dikaitkan dengan gangsterism dan kemiskinan
tetapi nampaknya ada anjakan paradigma yang hebat dalam masyarakat
mereka.
Jumlah masyarakat India yang terjun ke dunia profesional
semakin bertambah dari hari ke hari, mereka yang melibatkan diri dalam
perniagaan juga semakin meningkat, itu belum dikira graduan mereka yang
semakin ramai lulus dari universiti dalam dan luar negara.
Benar, masih ramai di antara mereka yang berada di garis kemiskinan tetapi jumlahnya makin berkurangan dari tahun ke tahun.
Ini sesuatu yang patut dibanggakan!
Sebanarnya
tidak ada sebab untuk kita tidak boleh berjaya, apatah lagi Islam
merupakan agama yang memberi panduan dan galakkan untuk umatnya kaya dan
cemerlang.
Dalam Islam, sememangnya umat Islam digalakkan mencari rezeki melalui cara berniaga.
Malahan telah dinyatakan dalam hadis bahawa sembilan daripada sepuluh sumber rezeki melalui perniagaan.
…kemudian
setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (
untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati
daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (
dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat ) – Surah
al-Jumaat, ayat 10.
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang
sesorang mencari sebanyak mana pun dari nikmat Allah s. w. t khususnya
dalam perniagaan tetapi seharusnya tidak mengabaikan suruhan-Nya.
Setiap manusia yang dilahirkan telah ditentukan rezeki masing-masing.
Jadi,
melalui rezeki itulah pula kita sebagai manusia berusaha untuk
mendapatkan rezeki. Telah diterangkan dalam hadis bahawa terdapat
sepuluh sumber rezeki yang Allah turunkan, sembilan daripadanya ialah
dari berniaga. Manakala satu bahagian yang selebihnya dari sumber yang
lain.
Sebab itulah kita digalakkan berniaga.
Mudah-mudahan,
apa yang dicapai oleh Lourdenadin, Ananda, Tony dan AK Nathan akan
memberi inspirasi untuk orang kita lebih maju dalam semua bidang
terutama dalam perniagaan seperti yang disebutkan tadi. InsyaAllah
__________________________________________________________.png)
sumber
0 Comments