
Pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini diserbu polis pada pukul 11.30 pagi.
KUALA LUMPUR: Pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini diserbu polis pada pukul 11.30 pagi.
Menurut laporan The Star Online, kenderaan polis dilihat berada di luar pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur.
Semalam, pasukan petugas pelbagai agensi yang menyiasat dakwaan
penyaluran dana 1MDB berkata bahawa enam akaun berkaitannya telah
dibekukan.
Akaun berkenaan dibekukan susulan laporan oleh Wall
Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah RM2.6 bilion dana 1MDB telah
disalurkan ke akaun peribadi Najib.
Hari ini, Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid berkata polis akan menyiasat WSJ bagaimana ia
menerima maklumat tentang dana itu dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam artikel yang terbitkan pada Jumaat, WSJ mendakwa dana 1MDB
berjumlah AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun
Najib.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB.
Beberapa pihak dalam pada itu menggesa Najib mengambil tindakan
terhadap WSJ untuk membersihkan namanya dan mempertahankan integriti
kerajaan.
__________________________________________________________.png)
0 Comments