Gambar Hiasan
Sibu: Seorang lelaki yang mer0g0l remaja berusia 13 tahun tidak sempat
memakai seluar ketika melarikan diri akibat dipukul menggunakan kayu
oleh ibu remaja berkenaan dalam kejadian di kawasan Tanah Perkuburan
Kristian, Sungai Merah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, suspek berusia 19 tahun lari lintang-pukang
bagi mengelak ditangkap ibu dan abang kepada mangsa yang menyaksikan
perbuatan tidak senonoh lelaki berkenaan.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah
menengah di sini, dibawa ke kawasan tanah perkuburan itu secara paksa
sebelum suspek bertindak mer0g0lnya.
Sumber berkata, mangsa ketika itu bersendirian dipercayai mahu mencari
kakaknya di sebuah kedai berhampiran di lokasi kejadian, namun didatangi
suspek yang secara kebetulan berada di kawasan terbabit.
Menurutnya, cubaan remaja itu melawan tidak berjaya apabila suspek
bertindak agresif yang langsung tidak mengendahkan rayuannya, sebelum
perbuatannya disaksikan ibu serta abang mangsa yang ketika itu
mencarinya.
“Berang dengan apa disaksikan, wanita berusia lingkungan 40-an itu
mengambil kayu memukul belakang suspek menyebabkan lelaki itu terkejut
lalu melarikan diri separuh bogel tanpa sempat memakai seluar.
“Abang mangsa cuba mengejar suspek namun gagal. Sejurus kejadian itu,
wanita terbabit bersama anaknya membuat laporan di Balai Polis Sungai
Merah, di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, berdasarkan keterangan awal, remaja terbabit mengenali suspek
menerusi aplikasi sosial WeChat sejak seminggu lalu dan pernah bertemu
sebanyak tiga kali sebelum ini.
“Bagaimanapun, remaja terbabit menafikan mereka mempunyai sebarang hubungan istimewa,” katanya.
__________________________________________________________
0 Comments