Kapal terbang sepatut mendarat 3.30 petang, tapi gagal mendarat. Brunei menyambut AK 278 dengan ribut.
Kapal
terbang terhuyung hayang mendekati lapangan terbang Brunei. Tayar sudah
dikeluarkan namun angin menggoncang kapal terbang mengalahkan bas RAPID
B114.
Kapal terbang sedikit terjunam. Ada wanita yang membaca
ayat al-Quran dengan kuat sehingga kedengaran seluruh perut kapal. Orang
putih di belakangnya tersenyum sinis, mungkin dia tak rasa keadaan ini
akan berlanjutan hingga 40 minit seterusnya.
Kapal terbang segera
dinaikkan segera dan gagal mendarat. Ribut makin ganas. Tayar kapal
terbang dimasukkan kembali. Kami bertarung dengan ribut. Kapal terbang
terhuyung hayang cuba keluar dari awan gelap pekat.
Selepas 5
minit kapal terbang bergegar keras. Saya lihat bumbung kapal bergegar
macam nak tanggal pun ada. Badan bergoncang ke kiri dan kanan.
Bacaan al-Quran wanita tadi menenangkan sedikit hati saya. Namun orang putih sudah tak senyum lagi.
Kapten
Najib bersuara. Katanya AK278 tak berjaya mendarat dan terpaksa
menangguhkan pendaratan. Kami terpaksa berlegar-legar di atas laut yang
kelihatan bergelora, sangat dekat dan jelas kelihatan.
Kata
Kapten Najib, mereka sedang memikirkan jika AK278 perlu mendarat di
kawasan lain namun akan memberitahu kami jika sudah membuat keputusan.
Untuk
kali ketiga, kapal terbang bergoncang. Kali ini kami seolah-olah hampir
terjunam. Kapal terbang kami tak stabil, sayap kanan dan kiri ditolak
angin macam kapal terbang kertas.
Kali ni penumpang menjerit Allahuakbar. Dia tak berseorangan. Penumpang yang beragama Islam turut sama bertakbir dan bertahlil.
Kali
ni tubuh saya menggeletar. Saya nak menangis. Saya teringat mak.
Pertama kali saya rasa saya tak ada harapan hidup langsung. Saya berdoa
minta Allah beri peluang saya sekali ini untuk hidup.
Jika saya
belum layak masuk syurga sekarang ini, saya mohon agar diberi sedikit
masa lagi untuk bersungguh-sungguh bertaubat. Tapi terfikir juga mati di
bulan Ramadhan adalah rezeki.
Kali ini, penumpang Kristian
berdoa mengikut cara masing-masing. Ada penumpang Cina sedang menangis.
Ada saya nampak seorang lelaki Melayu juga menangis.
Saya pun nak
menangis. Tapi saya tahan. Badan saya tak berhenti menggeletar. Jantung
saya macam nak pecah. Agaknya mesti pucat muka saya kerana saya lihat
tangan saya putih tak ada darah.
Kali ke-empat, kapal terbang
bergoncang lagi. Berkali-kali kapal terbang cuba masuk ke ruang udara
Brunei tapi gagal, kerap kali diserang ribut.
Selepas 40 minit
berlegar di udara dan berperang dengan ribut. Malah 2 kali kapal
seolah-olah hampir terjunam, kapal terbang mengeluarkan roda ingin
mendarat.
Pendaratan dilakukan dalam keadaan sangat bahaya.
Sangat tak stabil dan masih terhuyung hayang ketika menghampiri darat.
Akhirnya roda terhentak kuat, semua orang terjerit kecil.
Dan
alhamdulillah kami selamat. Kapten Najib terus berucap sambil
mengucapkan alhamdulillah. Mendengar 'alhamdulillah' keluar dari kapten,
saya dan penumpang lain hampir menitiskan air mata.
Kami semua lega dan bersyukur. Muka masing-masing pucat.
Mak,
nomi lupa nak minta maaf. Status akhir nomi tadi nomi hanya cakap nomi
sayang mak. Tadi nomi ingat nomi tak sempat minta maaf dengan mak. Mak,
maafkan semua salah nomi dan halalkan susu mak dan segala apa yang mak
pernah bagi pada nomi.
Dan mohon maaf buat semua sahabat.
Brunei
ribut. Tempahan hostel dibatalkan kerana Kg Ayer juga terjejas dengan
ribut. Sana sini pokok tumbang. Maaf nanti saya 'update' lagi.
Gambar
di bawah diambil orang Brunei dari arah offshore di ruang laut Brunei.
Kami berada dalam awan itu tadi. - Dari status FB Normi Binti Ahmad
Shafie
__________________________________________________________
0 Comments