INSIDEN
pergaduhan yang membabitkan tujuh lelaki dengan beberapa pekerja kedai
telefon bimbit di Plaza Low Yat semalam menggemparkan negara ketika umat
Islam di Malaysia bakal menyambut Syawal beberapa hari sahaja lagi.
Kejadian
itu bertambah 'panas' apabila ia turut mendapat perhatian netizen di
media sosial yang turut memuat naik video dan juga gambar pergaduhan
beserta komen termasuk yang berunsur perkauman.
Tinjuan Sinar
Online di Facebook rakan-rakan kami juga mendapati ia menjadi trending
dan perbualan, malah ada yang meluahkan pernah terkena kerana membeli
gajet yang dijual Plaza Low Yat.
Antaranya Syahrin Abdul Aziz yang berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan penjual telefon bimbit di sana beberapa tahun lalu.
“Saya
pun salah satu mangsa tipu kedai telefon bimbit di Low Yat berapa tahun
lalu. Beli Samsung Note2. Kata barang original (Malaysia). Boleh tukar
satu kepada satu kalau rosak.
“Nak jadikan cerita, telefon
bimbit saya rosak. Pergi hantar Samsung Service Centre (pusat khidmat
Samsung), Samsung Service Centre cakap ini bukan 'local warranty'. Set
dari Thailand. Samsung Malaysia tak nak terima sebab berlainan no IMEI,”
ujarnya.
Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Iskandar
pula menyarankan agar orang ramai melengkapkan dengan ilmu secukupnya
sebelum membeli apa-apa barangan di Plaza Low Yat.
“Hendak pergi
Low yat beli barang computer, sila sediakan ilmu betul-betul, apa
spesifikasinya, ... berapa anggaran harga,” tulisnya di laman mikro
Twitter.
Sementara menurut Mohammad Afandi, dia sudah lama berhenti daripada membeli gajet di sana.
“Saya sudah lama berhenti membeli barangan di Low Yat, sebab sudah tidak mempercayainya lagi,” tulisnya.
Insiden
yang berlaku jam 7.50 malam semalam menyebabkan beberapa pekerja kedai
telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka
turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai yang menyebabkan
kerugian dianggarkan hingga RM70,000. - Sinar
__________________________________________________________
0 Comments