SEORANG wanita tanpa segan silu membuat pengakuan berani mati apabila
mendedahkan memberi ‘perkhidmatan’ kepada ‘seseorang’ yang bergelar
ustaz selama tiga jam.
Pendedahan pelacur yang menggelarkan dirinya sebagai Zara itu dibuat
menerusi status di laman Facebooknya ternyata mengejutkan netizen.
Lebih sensasi, kenyataan Zara yang mendakwa ustaz tersebut merupakan
graduan lulusan jurusan undang-undang dari Universiti Al-Azhar
mengundang teka-teki dan persoalan ramai.
Tambahan pula, isteri ustaz berkenaan bukan calang-calang personaliti iaitu seorang dj radio di IKIM FM.
Senang cakap, Zara jelas bangga dengan pencapaian yang mampu menundukkan seorang ilmuan agama.
Sudah terang lagi bersuluh, Zara dalam kenyataan terakhirnya
mendedahkan identiti pelanggan yang berhutang dengannya merupakan
seseorang yang berpangkat Dato bergelar Ustaz Y.
Difahamkan, Dato’ Ustaz Y berhutang sebanyak RM3,000 selepas mendapatkan khidmat seks daripada Zara.
__________________________________________________________.png)
0 Comments