PEJABAT 1MDB TINGKAT LAPAN DIKEPUNG POLIS DALAM SERBUAN
July 08, 2015
PETALING
JAYA: Menurut seorang saksi kepada serbuan pejabat 1MDB yang masih
dijalankan, polis telah menyekat akses ke pejabat 1MDB yang terletak di
tingkat lapan Menara IMC.
Pihak polis telah dikesan berada di bangunan itu kira-kira pukul 10 pagi.
"Terdapat dua buah van dan kira-kira empat buah kereta polis Proton Preves di luar bangunan itu," menurut saksi tersebut.
"Rakan
saya pergi ke tingkat lapan dan dia melihat pengawal memakai jaket
hitam sedang mengosongkan tingkat itu," katanya sambil menambah rakannya
itu mengagak pengawal yang memakai jaket itu bukan pengawal yang
bertugas di bangunan itu.
"Mereka yang memakai jaket itu telah memastikan bahawa tidak ada sesiapa
pun di sana. Tetapi tingkat itu penuh sesak dengan orang, yang
sepatutnya adalah polis," kata saksi itu.
Serbuan bermula kira-kira pukul 10 pagi Rabu dan masih berterusan.mstar __________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
0 Comments