Seorang
suri rumah yang menghadapi masalah kesihatan kecewa dengan layanan yang
diberikan oleh panel doktor yang dilantik mengendalikan kes berkaitan
pengeluaran Hilang Upaya Kekal, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Panel KWSP Halau Saya Macam Pengemis – Luahan Hati Seorang Suri Rumah Yang Patut Kita Viralkan
Menurut Aizah Aliuddin, 38 yang dihubungi sebentar tadi berkata, “permohonannya untuk mengeluarkan duit caruman KWSP itu ditolak kerana dikatakan tidak layak”, katanya.
“Selepas diberhentikan kerja saya buat permohonan dan pegawai KWSP yang meneliti permohonan tersebut maklumkan ia tidak ada masalah kerana semua dokumen yang di perlukan telah lengkap”.
“Tapi saya perlu berjumpa dengan panel doktor yang ditetapkan oleh KWSP bagi membolehkan permohonan tersebut diproses” katanya.
Namun
menurutnya, apa yang mengecewakan sebaik sahaja hadir untuk sesi
pemeriksaan yang diaturkan, pegawai perubatan yang bertugas terus
menghalaunya pulang.
“Saya
amat kecewa apabila mereka melayan saya seperti pengemis sedang saya
hanya mahu menuntut hak saya… bayangkan sebaik sahaja di panggil masuk
ke bilik pemeriksaan mereka terus menghalau saya balik tanpa sebarang
alasan yang munasabah sedangkan saya belum sempat duduk pun.
“Sebaik
sahaja melihat saya datang, doktor wanita (panel tersebut mempunyai tiga
doktor) itu terus kata.. dah, awak balik lah.. awak boleh kerja…
setakat sakit buah pinggang je… awak kene ada dua-tiga penyakit lain
baru boleh mohon… jangan awak ingat socso dah bagi bantuan, KWSP senang-senang nak kasi kasi awak duit. boleh balik!” ujarnya sedih ketika menceritakan kembali detik tersebut.
Menurut
Aizah lagi, permohonan tersebut bukan dibuat untuk bersuka-ria tapi
untuk menampung kos perubatan yang diperlukan serta membiayai
persekolahan empat orang anaknya.
“Saya
sudah diberhentikan kerja kerana sering ambil cuti sakit bagi
mendapatkan rawatan…dalam seminggu tiga hari diperlukan untuk dialisis
dan kos perubatan saya sekitar 700 – 800 sebulan.
“Keempat-empat
anak saya masih bersekolah dan suami saya hanya bekerja sebagai
pemandu.. tapi mengapa mereka melayan saya seperti ini, kami tidak
pernah minta diberikan ujian sakit seperti ini,” ujarnya lagi.
Paling
mengecewakan beliau apabila penolakkan permohonan tersebut hanya
dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebarang alasan
yang munasabah.
“Selepas tiga hari saya menerima SMS maklumkan yang mengatakan permohonan saya ditolak.
“Saya
benar-benar mengharapkan mereka yang bertanggungjawab membantu kami
insan yang tidak berdaya ini untuk mempertahankan hak kami… bukan hanya
untuk saya tapi untuk semua pesakit kronik lain yang senasib” ujarnya
lagi sebelum mengakhiri perbualan.
SuaraTV akan menghubungi pihak KWSP bagi mendapatkan maklumbalas mengenai isu ini.
__________________________________________________________
.png)
sumber
0 Comments