Dipendekkan cerita, semua orang dah kenal Zahra. Zahra dikatakan membawa suara generasi baru.
#sorrynotsorry I beg to differ.
“With great power comes great responsibility.” Saya quote filem Spiderman untuk membuka bicara.
Great power, walaupun tidaklah power mana… saya merujuk kepada pendapatan yang Zahra terima.
Sebagai orang dewasa yang sudah berpendapatan
pastilah Zahra perlu memikul tanggungjawab yang setimpal. Ternyata Zahra
tidak layak. Pada RM500 pertama, Zahra sudah buat silap.
Pergi kerja memandu kereta; ada tol, minyak
dan “parking” yang perlu dibayar -- ini tidak termasuk bayaran ansuran
yang Zahra bayar pada Ayah, dan “road tax”, insurans dan sebagainya.
Kalau Zahra betul nak jimat, naik LRT sajalah dari awal bulan ke hujung.
Apa salahnya?
Tak payah tunggu poket kosong. Duit ansuran kereta dan perbelanjaan pengangkutan Zahra boleh simpan.
Tak perlu lagi malu dengan orang tua kerana Zahra mampu beri belanja pada Ibu Ayah.
Izinkan saya beralih kepada kesilapan kedua
Zahra yang juga berharga RM500. Zahra sewa bilik RM500 sebulan, 8 orang
serumah. Berapa harga sewa rumah ini sebenarnya? Hah. Saya tinggalkan
perenggan ini untuk Zahra fikir.
Matanglah, Zahra. Tak ada orang yang mula
membeli “property” pertama meletakkan sasaran sekitar Kuala Lumpur.
Kalau Zahra banyak membaca buku pengurusan kewangan, kita disarankan
bermula dengan rumah lelong, atau rumah flat biasa yang juga DISEWAKAN
supaya rumah yang kita beli, orang lain (penyewa) yang bayar.
Belajarlah tentang “property appreciation” dan sebagainya.
Maaf, Zahra. Memang membeli rumah BUKAN
pilihan. Membeli rumah adalah “luxury” yang jadi “affordable” sekiranya
pandai mengurus kewangan. Tapi bukan hari ni pandai esok boleh beli ye?
Sabar dulu. Jalan masih panjang.
Kita kena fikir untuk ada "life by design"
bukan "life by default". Memang kalau ikut sistem, semua orang takkan
kaya. Semua akan hidup biasa-biasa sahaja.
Orang luar biasa, hidup secara luar biasa.
Berita buruk untuk Zahra, hidup ni bukan
sesenang mengubah sistem supaya semua orang tak payah bertungkus lumus.
Bukan sesenang meminta bantuan kerajaan demi memenuhi impian peribadi.
Kalau tiada perjuangan dan semuanya disuap, hidup hilang makna, Zahra.
Survival ini buat kita “hidup”. Jangan hadkan pemikiran dengan ilmu sedia ada dan bersikap menyalahkan orang lain.
Mereka yang berpendapatan tinggi, kalau Zahra
cari dan tanya, Zahra akan dapati mereka semua bermula kosong seperti
Zahra juga. Bezanya, kebanyakan mereka tidak mengharap pada sistem.
Ramai pakat cari jalan kiri kanan depan belakang untuk tambah
pendapatan. Makan gaji, tunggu naik pangkat lah baru gaji naik dan itu
juga bukan mudah.
Kalau Zahra keluar, buka mata dan cari lagi,
Zahra akan jumpa orang kaya yang tidak punya ijazah pun. Mesti Zahra
akan rasa malu sebab menceceh nasib tak bertempat, sedangkan ada orang
lebih susah.
Kos hidup memang tinggi, Zahra. Ini Zahra kena
terima. Tapi kalau Zahra fikir masalah, memang tak ke mana. Zahra kena
fikirkan cara keluar. Terikat dengan pekerjaan bukan penghalang untuk
menambah pendapatan. Di pejabat saya sahaja saya boleh namakan
sekurang-kurangnya 5 orang yang berniaga secara sambilan.
Sekali lagi, ini cuma untuk orang yang pandai; pandai mengurus masa.
Takkan Zahra nak kahwin lelaki kaya untuk
hidup senang? Shallow sangat tu Zahra. Kahwin biarlah kerana cinta
barulah bahagia. Dan kalau lelaki tersebut berfikiran macam Zahra
alamatnya sampai tua tak kaya-kaya.
Banyak cara untuk menggandakan simpanan di
luar sana. Dengan syarat Zahra kena ada ilmu. Mungkin hidup cara
sederhana sekejap, lepas tu cari peluang melabur, berniaga ke apa-apa
lah yang Tuhan ilhamkan. Dalam umur 30 Zahra dah boleh menikmati hidup
yang lebih selesa.
Some people have it easy, Zahra. Itu rezeki
dia. Tapi Tuhan bagi akal suruh kita usaha. Saya minta maaf, Zahra. Anda
bukan mewakili generasi kita. Suara Zahra ini suara generasi “merintih
nasib” dan tidak produktif.
Sekali lagi, orang luar biasa, hidup secara luar biasa.
#SayaMaisarah. Bye Zahra.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Maisarah Atan adalah seorang warga di Astro AWANI yang prihatin mengenai perkembangan semasa.
*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kaitan dengan Astro AWANI
Namun pandangan yang diberi oleh Maisarah ini ditentang teruk oleh netizen:
0 Comments