Oh my Ringgit Malaysia? Lonjakan kejatuhan Ringgit Malaysia terus
merudum ke tahap yang paling-paling lemah dalam sejarah ekonomi Malaysia
sejak 2005. Bermakna terus berlaku lambakan
Ringgit Malaysia yang tidak laku di pasaran sekaligus kejatuhan nilai
Ringgit Malaysia sekarang ini diangkat sebagai yang paling teruk di
Asia
Apa sudah jadi Datuk Seri Najib Razak dengan ringgit Malaysia kami
sekarang ini? Ringgit Malaysia dilihat terus jatuh terduduk selepas
sahaja Wall Street Journal membongkarkan berlakunya kemasukan dana
sejumlah Rm2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak.
Berita Bloomberg Punca Nilai Tukar Ringgit Malaysia Jatuh?
Yang benar, tidak dinafikan faktor luaran seperti harga minyak dunia
jatuh, ketidaktentuan Federal Reserve bakal umumkan kenaikan kadar
faedah naik, krisis Greece menyumbang kepada penyusutan nilai MYR.
Tetapi ia tidak terhenti di situ, apabila berita Bloomberg mendedahkan
beberapa punca Punca Ringgit Malaysia Terus Jatuh, antaranya ialah :
Faktor masalah dalaman? Krisis Politik malaysia
Kontroversi hangat melibatkan skandal terbesar di Malaysia iaitu 1MDB
Harga minyak dunia jatuh sehingga 48% berbanding harga puncak tahun lepas
Penganalisis dan pakar ekonomi dunia mengatakan secara keseluruhan
nilai ringgit Malaysia memberikan kesan besar kepada negara. Tetapi
Nazri Aziz lebih suka ringgit Malaysia jatuh, bagus untuk ekonomi negara
dan mampu menari ramai kedatangan pelancong ke Malaysia katanya.
ING Groep NV meramalkan Ringgit Malaysia terus jatuh kepada RM3.85. 3.85? Adakah Ringgit Ahmad Maslan akan menjadi kenyataan?
Manakala Barclays Plc dan Credit Suisse Group AG meramalkan ringgit
Malaysia akan jatuh sehingga RM3.88 dan RM3.83 untuk setiap dolar
Amerika.
__________________________________________________________.png)
0 Comments