░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

7/8/15

'Najib yang memalukan negara, bukan saya' - Tun M

'Najib yang memalukan negara, bukan saya' - Tun M
Dr Mahathir (gambar) berkata di negara lain jika ada pemimpin didapati terlibat dengan sebarang skandal, pemimpin tersebut akan berundur dan memohon maaf. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang menyifatkan temu bualnya dengan The New York Times sebagai memalukan negara.

Sebaliknya, kata beliau apa yang memalukan negara ialah isu Datuk Seri Najib Razak dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta tuduhan-tuduhan terhadap Perdana Menteri itu yang tidak terjawab hingga sekarang.

"Mungkin Anifah tidak pernah baca surat khabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri Najib.

"Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Datuk Seri Najib, Jho Low dan 1MDB," katanya dalam entri terbaharu di blognya, chedet.cc pada Selasa.

Kata Dr Mahathir lagi, kemungkinan Anifah tidak berasa malu dengan laporan kajian oleh pakar Barat yang mendakwa Malaysia antara negara yang mempunyai tahap rasuah tertinggi di dunia kerana "tidak ada sepatah pun disuarakan olehnya."

Menurutnya, jika Anifah berasa malu, beliau akan menyoal serta menasihati Najib supaya tidak bersahabat dengan Jho Low dan melarang anak tirinya daripada berlagak sebagai hartawan.

Selain itu, Dr Mahathir berkata di negara lain jika ada pemimpin didapati terlibat dengan sebarang skandal, pemimpin tersebut akan berundur dan memohon maaf.

Namun, katanya di Malaysia pemimpin itu dipertahankan tanpa sebab, hanya kerana mahu jawatan mereka diselamatkan.

"Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Datuk Seri Najib dengan 1MDBnya. Sebelum ini negara tidak pernah dicemuh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang," kata Dr Mahathir dalam entrinya itu.
Dr Mahathir dalam sebuah artikel yang disiarkan The New York Times Jun lalu telah mengkritik Najib, UMNO dan 1MDB ketika temu bualnya bersama akhbar Amerika Syarikat itu di Putrajaya baru-baru ini.
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com