
#Najib : Akhirnya
Peguam-peguam Najib memulakan tindakan terhadap WSJ yang mendedahkan
mengenai hampir USD700 Juta dari 1MDB masuk ke akaun Najib.
Tapi
pendekatannya nampak berbeza dengan apa yang telah dilakukan terhadap
Malaysiakini, dalam hal Malaysiakini saman terus dikemukakan tapi WSJ
pula nampak lembut pendekatannya.
Perdana Menteri melalui Peguamnya memberi tempoh 14 hari kepada penerbitan itu untuk menjawabnya.
"Kami
diarahkan oleh pelanggan kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia
adalah pendirian anda, seperti dalam artikel itu, bahawa pelanggan kami
menyalahgunakan hampir AS $ 700 juta dari 1MDB?
"Kami
diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara
kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti tentang 'sumber asal wang
itu dan apa yang berlaku kepada wang itu', manakala intipati umum
artikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah
menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB," kata surat yang dihantar
melalui emel itu.
Pengesahan?..
pengesahan apa lagi entahlah, sedangkan semalam WSJ sekali lagi
menyentuh isu ini dengan menyiarkan dokumen-dokumen mengenai transaksi
tersebut.
Berdasarkan
laporan berita , peguam-peguam Najib mahu WSJ nyatakan dengan jelas
bahawa 'ia (artikel berkenaan) adalah hujahnya bahawa pelanggannya telah
menyalahgunakan kira2 AS$700 milik 1MDB'.
Adakah mereka berharap agar pihak WSJ menafikan menuduh pelanggan mereka telah menyalahgunakan dana dari 1MDB itu?
WSJ
mungkin akan menafikan apa yang dipersoalkan oleh Peguam-peguam Najib
itu.. maka bila WSJ menafikan persoalan tersebut, bolehlah ianya
digunakan untuk memperbodohkan rakyat dengan mengatakan WSJ nafikan
dakwaan..
Sedangkan
hakikatnya dari apa yang aku faham mengenai laporan WSJ itu, pihak
mereka tidak pernah menuduh Najib salahguna AS$700 Juta dana milik
1MDB..
Apa
yang dilaporkan mereka hanyalah dakwaan tentang adanya
transaksi-transaksi yang penghujungnya melibatkan akaun yang didakwa
milik Najib
__________________________________________________________.png)
0 Comments