
Tiga
hari yang lalu ketika menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang
mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.65 bilion) dimasukkan ke dalam
akaun peribadinya, Najib mendakwa Mahathir adalah dalang pendedahan
itu..
Beliau
mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan
individu di sebalik pembohongan yang dibuat termasuk oleh Sarawak
Report.
Katanya,
tuduhan tidak berasas itu adalah susulan keengganan beliau untuk tunduk
kepada Dr Mahathir kerana tidak mahu Malaysia diperintah melalui
proksi.
"Saya
percaya, Tun bekerjasama dengan bangsa asing, termasuk serangan politik
blog Sarawak Report yang tidak boleh dipercayai, berada di belakang
pembohongan terbaharu ini.
"Biar
saya jelaskan: Saya tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan
peribadi seperti yang didakwa musuh-musuh politik saya – sama ada dari
1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti yang disahkan
syarikat-syarikat ini," tulis Perdana Menteri di laman Facebooknya...
Hari
ini pulak, Najib dah tak sebut nama Mahathir dipercayai insaf setelah
beribu komen menghentamnya di laman Facebook miliknya bila beliau
menyalahkan Mahathir..
Kalau tak silap posting itu mnerima lebih 6,000 'Likes' dan 8,500 komen.. tapi hari ni aku cari tak jumpa dah..
Beliau
hari ini menuduh Wall Street Journal (WSJ) berniat jahat melalui
laporannya yang mendakwa sejumlah besar wang dipindahkan ke akaunnya dan
bekerjasama dengan "pihak tertentu" di negara ini bagi menjatuhkannya.
1. Saya telah mengarahkan pihak peguam saya menghantar surat kepada Wall Street Journal hari ini bagi meminta pengesahan mengenai laporan surat akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang (surat tuntutan).
2. Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.
3. Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut.
4. Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.
5. Meskipun begitu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno
NajibRazak.Com
Pihak tertentu.... kah.. kah.. kah... dia dah tak berani salahkan Mahathir dah kali ni.. dah insaf ke Najib?__________________________________________________________
.png)
0 Comments