
Ikut
sifir Idris Jala, 2019 kita ini akan bankrap. Ada GST ke tak ada GST.
Bankrap. Idris Jala ini peduli apa dia bankrap. Duit dia waktu di Shell
pun banyak lagi. Duit komisen menjahanam MAS pun tak habis makan. Idris
Jala, kalau nak pindah Australia pun bila-bila dia boleh pergi.
Confirmed lepas. Apa lagi Idris Jala nak buat selepas ini?

Dalam
mesyuarat PEMANDU, Idris Jala kata:
WAJIB naikkan HARGA MINYAK setiap 6
Bulan. Wajib. Wajib Dengung.
WAJIB naikkan
HARGA GAS MEMASAK sebanyak 20 % setiap tahun.
WAJIB naikkan TARIF ELEKTRIK setiap 6 bulan. Wajib.
WAJIB naikkan TOL setiap 6 bulan
WAJIB naikkan HARGA TEPUNG; RM0.20 setiap 6 bulan
WAJIB naikkan HARGA GULA: RM0.20 setiap 6
bulan
WAJIB naikkan
HARGA MINYAK MASAK; 15 % untuk tahun pertama; 5 % untuk tahun-tahun
berikutnya.
Idris
Jala dah kira, kalau kita buat macam ini, Kerajaan akan JIMAT, RM103
bilion dalam masa 5 tahun. Sebelum PRU14, Kerajaan boleh bagi BR1M
kepada setiap keluarga. Undi Najib akan kekal.
Sifir
Idris Jala/PEMANDU/KHAZANAH/Jamaluddin Jarjis ini memang superb. Campur
dengan keuntungan GST; rasanya GOMEN boleh kumpul banyak bilion.
Soalnya NAJIB boleh jadi PM lagi. Rakyat masih mahu Najib kah?
Rasionalisasi
minyak ada asasnya untuk dilakukan tapi caranya yang buat ramai rakyat
marah. Mungkin ada yang tidak peduli apa gomen buat masih akan dikritik
tapi ada sebabnya. Adakah implikasi politik diambilkira????
Suatu mesej yang tersebar berbunyi berikut:
Tidak
ramai rakyat Malaysia yang tahu ada Menteri Kabinet yang tidak tahu pun
pasal keputusan menaikkan harga minyak pagi ini. Perdana Menteri Datuk
Seri Najib terlalu mendengar kata-kata beberapa orang penasihat walaupun
ada Menteri Kabinet yang membantah keputusan ini sudah berminggu
minggu.
KSP dan beberapa penasihat dan NAJIB RAZAK inginkan kenaikan ini berlaku.
Bukan
keputusan ini dibuat semalam. Sudah lama ia dibincangkan. Kita semua
tahu atas keborosan kerajaan dan saya juga pernah banyak kali menegur
beliau yang mentadbir negara ini seperti mentadbir sebuah syarikat yang
inginkan keuntungan berganda.
Kerajaan
memerlukan duit segera. Tambahan pula bajet akan diumumkan selepas ini.
Kononnya rakyat akan gembira lepas BR1M akan dinaikkan sehingga RM900
tahun hadapan. Itu yang KSP fikir. KSP hanya tahu cash kena ada kat
tangan kerajaan. Jadi cara paling cepat ialah subsidi ditarik. KSP ni
juga pernah jaga LHDN. Jadi mungkin terikut cara urus LHDN (untuk
dapatkan cukai) dan perbendaharaan negara.
Mereka
ini tidak boleh dikritik. Mereka akan kata pada zaman saya memerintah,
harga minyak juga dinaikkan. Betul, saya juga naikkan harga minyak tapi
pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat. Harga yang
dinaikkan tidak melebihi sepuluh sen dan tidak setiap tahun.
Penarikan
subsidi 20 sen ini adalah besar dan akan memberi kesan kepada rakyat.
Kadar inflasi akan meningkat kerana kuasa beli rakyat semakin
berkurangan malah hutang negara akan terus meningkat. Saya agak bimbang
dengan keadaan ini dan tidak mustahil Malaysia bangkrap lebih awal.
Rasanya wawasan 2020 yang diilhamkan oleh saya tidak akan menjadi
realiti kerana 20 sen ini.
Saya
perhatikan beratus-ratus orang memenuhi stesen minyak dek kerana 20 sen
ini. 20 sen ini besar kesannya kepada rakyat yang berpendapatan rendah
dan sederhana.
Jangan
pula nanti ada pemimpin yang menyindir kalau tidak suka harga minyak
naik, sila keluar dari Malaysia. Kerana sindiran ini akan membuatkan
kalangan rakyat yang cerdik pandai akan keluar berhijrah ke negara maju
lain khususnya New Zealand dan Australia yang mengalu- galukan kalangan
cerdik pandai ini untuk berkerja di negara mereka. Kesannya negara kita
akan kehilangan sumber manusia dan kekal hanya sebagai sebuah negara
membangun.
Dan
kesannya Barisan Nasional akan ditolak oleh rakyat pada pilihanraya
nanti. Mungkin pada masa itu saya sudah tiada lagi di dunia ini.
Difahamkan
Idris Jala memandai naikkan tiba-tiba tanpa bincang dengan Kabinet atau
Menteri-Menteri besar diberitahu. Sensitiviti politik langsung tidak
diambilkira.
Entah
... mungkinkah sebab Idris Jala tinggal beberapa bulan maka dia mudah
dijadikan kambing hitam? Tapi dia memang memandai ---- suka komen luar
bidang seperti isu kalimah allah, TPPA, Azmi Shahrom dlll ...
Pandai ke dia?
__________________________________________________________.png)
0 Comments