Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah
Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat
dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar
oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan
aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam
Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama
sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang
sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang
telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan
Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada
Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam
sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia. “
begitu juga Tragedi Berdarah Memali.
__________________________________________________________

Dengan suaranya yang lantang dan tegas
menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai
oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis
pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan
pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan
oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat
ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak
memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah
ummah.
Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah
yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim
begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam
untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.
Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan
umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi
ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang
mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai
tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya
Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak
pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara
pemerintah dengan pihak keselamatan (PDRM) mula dilakukan dengan hebat.
PDRM menangkap isteri Ust Ibrahim dan
memfitnah Ustaz mengajar ajaran sesat seperti mengajar mengucap dua
kalimah syahadah dengan menyebut nama Ibrahim Rasulullah dan bukan
Muhammad Rasulullah dan menuduh bahawa para syuhadah semua mengucap
kalimah dengan menyebut nama Ustaz dan bukan nama Nabi Muhammad S.A.W.
==============================================================
MEMALI DIKEPUNG
Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali
dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan
anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu
bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang
diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan
Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi
mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar
anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang
dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat.
Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.
Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985,
hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran
yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru
mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan.
Persiapan persenjataan ala kadar dengan
senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan
diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar.
Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak
pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah
menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai
disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis
polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam
kelengkapan lain.
Anggota polis berpecah kepada dua
kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran
dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur
perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka
akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan.
Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti
ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan
mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada
malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian
anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di
Negeri Kedah.
Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Antara watak utama dibelakang operasi
yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim. PM), Dato’ Yahya Yeop
(pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka
inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust
Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.
Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov
1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh
bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan
anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara
lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang
lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai
kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad
untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela
mati demi mempertahankan As-Syahid.
Antara mereka yang rapat dengan Ust
Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal).
Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak
keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan
darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya
untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana
baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah.
Tugasnya hanya memberi nasihat kepada
pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan
Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.
Berita kehadiran anggota polis untuk
menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera
Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga
terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama
daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya
bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis
agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang
membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera
ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa
nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.
==============================================================
MEMALI DISERANG
Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi
bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke
belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan
tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan
orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh
keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi
menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun
untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi
kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang
menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa
itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.
Pihak keselamatan yang panik akhirnya
melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang
kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan
tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil
tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan
panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang
ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah.
Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir
peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama
tragedi tersebut.
Jerit pekik penduduk semakin kuat
apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan.
Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan
Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru
menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam
ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat
bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak”.
Menjelang waktu Zohor, hujan
renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun
sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus menghadapi rakyat yang
serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai
jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia.
Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam
trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat
menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak
terajang. Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk
kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera
dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau
orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.
Beberapa hari kemudian barulah mereka
dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14
orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa
agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust
Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan
sebagai orang mati syahid.
Pandangan ini diambil dari tuan-tuan
guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati
kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama
dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan
lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib
diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka.
Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan
beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir
walaupun telah beberapa hari ditembak.
Sehingga hari ini, kes ini yang telah
beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes
yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh
Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin.
Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk
menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya
selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang
anggota keselamatan.
Hari ini, hampir 30 tahun tragedi Memali
yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa
anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar
dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan
seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi
dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini
telah menghadap Allah s.w.t.
Selepas kejadian tersebut, setiap tahun
PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga
ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan
kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas
kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih
dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan
sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas
nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut
dihentikan. Wallahua’lam.
p/s: Sejarah ini dipaparkan bukan dengan
niat untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin
mengingatkan semula generasi hari ini khasnya anak muda bahawa
kebangkitan perjuangan Islam pada hari ini adalah hasil pengorbanan
generasi terdahulu yang sejarahnya penuh dengan darah dan air mata.
Semuanya demi melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini menjadi
inspirasi untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas
landasan ini.
==============================================================
BAHAGIAN 2 : CATATAN KRONOLOGI TRAGEDI BERDARAH MEMALI 1985
Berikut adalah catatan terperinci
mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang
berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Asy-Syahid Ibrahim
Mahmud.
Catatan yang dipaparkan di sini
merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang
mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri.
Di sini dicatitkan juga fakta mereka
yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan
pihak polis. TOP SECRET:
001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85)
berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota
polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi
Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk
menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai
tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai
daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai
tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan
bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem
komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku
satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa
pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit
Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan.
Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya
disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang
hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang
mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada
Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh
para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan
ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini
mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada
Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit
Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang
ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah
Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap
dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat
penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan
telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat
Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para
sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah
memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
NOTA KHAS:
Operasi Khas ini telah diberi-nama “Operasi Hapus” oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis
keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di
Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah
disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan
Polis Hutan itu yang tidak minum.
006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai
pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang
diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya
masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu
adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan
Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis
itu.
007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit
telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak
memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai
pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di
waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang
penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah
selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang
lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai
pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai
‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan
pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan
dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud
menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin
membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu
telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman.
eliau telah disokong oleh pegawai lain
yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka
berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan
pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah
di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini
muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong
pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.
Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali
lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa
diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah
pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan
Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti
perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang
mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama
kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang
seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma
mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia
bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
Catatan di Kampung Memali: Seorang
pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang
dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu
rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni
rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling
setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya.
Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di
Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk
mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di
rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang
lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan,
setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.
Dalam kumpulan yang bertahan itu ada
empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para
pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran.
Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka
membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi
ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya
untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme.
Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu
meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak
daripada tempat duduknya.
Laungan Allahuakbar mula bergema,
bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih
memilih jalan ‘syahid’ daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan
yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala
persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua
itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yang telah mabuk ataupun
tidak keruan fikirannya.
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga
Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung
Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta
perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu
sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi.
Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan
di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di
Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah
kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai
Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai
petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali
telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform
ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah
diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas:
kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis
Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang
juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi
daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap
menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri.
Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat
pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu
berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan
laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu
kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak
tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di
tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan
membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi.
Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan.
Anggota pasukan Komando 69, yang masih
lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk
kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar,
maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan
orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan
komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan.
Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban.
Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang
khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan
sendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk
menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi,
beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu
dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga
orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka
telah ditolak oleh pegawai pemerintah.
==============================================================
BABAK DUA
013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh
berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu
menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin
mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat
pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai
pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula
menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun
selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang
kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka
terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim
bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka
melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai
pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak
menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia
sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud
itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang
telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia
kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama
sekali.
NOTA KHAS:
Sebelum operasi itu dilancarkan ramai
pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita
apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi
semacam itu ?
==============================================================
015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah
mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai
pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula
menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom
molotov.
Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan
peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang
sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah
itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah
dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak
polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan
diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar
sahaja secara berterusan.
016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.
017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando
69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa
pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus
melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota
polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka
sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka
ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati
sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja.
Beberapa orang anggota komando telah
menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah
seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada
sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman
tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan
Allahuakbar.
Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:
“Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid.”
018: Jam 1213. Serangan pihak polis
ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung
guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang
terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus
menembak mereka lagi sambil berkata; “Pergi jahanam dengan Islam”.
019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai
pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang
dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar
semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu
tidak terdedah.
020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja
menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan
dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital
di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10
yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30
anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah
Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di
kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota
tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan
untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan
mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ
pihak tentera pun meredakan keadaan.
Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari
kau…..Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul
satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. “
==============================================================
BABAK KETIGA
Setiap insan yang waras di kalangan
marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan
mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah
seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam.
Namun, akhbar New Straits Times
bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota
polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa
Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai
penjenayah dan penganut ajaran sesat.
Beliau telah menyanggah kenyataan yang
dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: “Ustaz Ibrahim
hanya memberikan ceramah agama.
Lagipun dalam satu pertemuannya dengan
pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah
diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas
terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud
itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk
keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat
kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk
menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu
menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi
Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.
==============================================================
DILEMMA UMNO
Di manakah prioriti UMNO selepas episod
Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali
membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah.
Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga
tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin
UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia
bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana
terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh
UMNO?
Tindakan yang dilakukan oleh segelintir
pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang
Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang
kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau
memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan
sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah
berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima
jolokan sebagai ‘haiwan politik’ dan juga ‘penghapus orang Islam’.
Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam.
Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?
Tindakan yang dilakukan oleh UMNO
menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran
Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi
alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan
India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya
memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan
mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah
besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan
tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada
sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu
kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri
kerana takutkan ancaman polis.
Seramai 159 penduduk kampung pernah
ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan
ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak
kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di
sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki.
Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan.
Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan
dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji
setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai
Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar,
satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di
kalangan mereka yang akan mati syahid pula.
Tiga belas daripada yang mati syahid
termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit
Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang
berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star
di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa
Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan
beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil
episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya
semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.
Kepada golongan yang mati syahid, episod
yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah
pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa
satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.
Mereka telah menyedarkan betapa orang
Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia.
Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.
Dengan arahan yang dibuat oleh Musa
Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan.
Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan.
Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan
secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak
pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan
tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod
Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian
rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam
sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan
seorang insan yang jujur telah dibunuh.
Namun, pihak kerajaan masih mahu
berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu
diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan
khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf
hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam.
Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka
yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke
mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas
bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong
nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar
ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali
itu.
Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.
Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
“Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu
mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.”27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia. “
======================================================================
Tunku dedahkan Peristiwa 13 Mei juga adalah rancangan Mahathir & UMNO sendiri.begitu juga Tragedi Berdarah Memali.
__________________________________________________________
.png)
0 Comments