Polis
menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat enam bahagian di dalam
tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra semalam.
.
Ketua
Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah yang mengesahkan
perkara itu berkata terdapat beberapa tubuh bayi belum ditemui seperti
bahagian tangan, kemaluan dan kaki kanan bayi tersebut.
Katanya tubuh bayi dipercayai dikerat dengan menggunakan senjata tajam, sebelum dibuang ke dalam tangki tandas.
Beliau
berkata sebahagian anggota badan bayi yang ditemui itu dihantar ke
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut manakala suspek
wanita
berumur 31 tahun turut ditahan di HSB kerana mengalami pendarahan.
"Siasatan
awal mendapati suspek telah melakukan pemeriksaan pada kemaluan dan
doktor yang memeriksa mendapati terdapat kesan koyakan melahirkan anak,"
katanya dalam kenyataan semalam.
Abd
Rahim berkata hasil soal siasat pertama mendapati suspek berbohong
dengan memberitahu telah bersalin di rumahnya di Kg Binjal, Jitra dan
bayinya dibuang di dalam tong sampah.
Katanya
hasil siasatan lanjut mendapati suspek melahirkan bayi tersebut di
rumah datuknya di Kg Manggol, Jitra dengan cara berdiri dan telah
membuang bayi tersebut di dalam lubang tandas dengan cara mengepam air.
Suspek
juga dipercayai makan ubat tidur ketika pulang ke rumah datuknya di
Kampung Manggol dan pada 1 tengah hari semalam, suspek memberitahu
ibunya mahu ke tandas untuk buang air besar.
"Satu
jam selepas itu suspek keluar dari tandas dan beritahu ibunya yang dia
datang haid dan terus sambung tidur sehingga waktu berbuka puasa.
Suspek
juga tidak menunjukkan tanda-tanda mencurigakan dan ibu suspek juga
tidak mendengar bunyi mencurigakan dalam tandas tersebut," katanya.
Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
- Bernama
__________________________________________________________.png)
0 Comments