░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

7/16/15

INI JAWAPAN ZAHRA KEPADA SEMUA YANG KUTUK DIA, TERMASUKLAH PEGUAM, PEKERJA PETRONAS DAN ARTIS


Selepas video luahan rasa Siti Azzahra Abd Razly yang mewakili suara golongan muda seluruh Malaysia di hadapan Timbalan Perdana Menteri mengenai kos sara hidup yang membebankan tersebar ramai dilihat golongan sudah berjaya mula mengkritik beliau.

Rata-rata mereka mempertikaikan apa yang dikatakan oleh Zahra berkenaan tetapi walaubagaimanapun apa yang diperkatakan oleh Zahra tersebut sebenarnya di sokong ramai golongan muda.

Selepas pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya seperi dari peguam, pekerja Petronas dan artis, Siti Azzahra atau lebih mesra dengan panggilan Zahra telah tampil menjawab segala cemuhan dan kritikan tersebut.

Mengenai naik kereta dan hanya hujung bulan baru menaiki LRT, berikut adalah jawapan Zahra.

Zahra juga menceritakan tentang hidupnya di mana dia terpaksa menanggung kedua orang tuanya yang tidak dapat bekerja kerana kemalangan.


Kerana dia pergi menaiki kereta? beliau berkata dia hanya meminjam kereta bapanya dan bapanya hanya menaiki motosikal. Sebab utama dia menaiki kereta kerana sebelum itu beliau telah dua kali cuba diserang. Serang bagaimana itu Zahra tidak nyatakan pula.

Dan ada mereka yang mendakwa Zahra menyewa rumah mahal untuk dikongsi lapan orang, ada yang menbuat kesimpulan Zahra menyewa rumah beharga RM4000 sebulan selepas mereka membuat kesimpulan sendiri mendarapkan RM500 dengan lapan orang.


Ada mereka-mereka mempertikaikan Zahra sebenarnya tidak berusaha untuk memajukan dirinya dan hanya berharap dengan gajinya semata-mata.

Zahra turut berkata " Allah tahu bagaimana seseorang itu diuji, Hanya kerana awak terselamat itu bukan hak anda untuk memandang randah kepada saya."

"Adakah saya pernah menyebut bahawa saya berputus asa? sapatutnya kita perlu bersatu untuk melakukan perubahan yang lebih baik untuk negara kita," katanya.


Menurut Zahra, beliau tidak meminta simpati tetapi meminta orang ramai membuka mata kerana masih ramai diluar sana mereka yang menghadapi kesusahan.

"Sedang anda sibuk mencari silapnya kisah hidup saya, yang perlu menjawab pada rakyat itu tertawa gembira. Anda tak sedar?," Soal Zahra kepada pengritiknya. - Siakapkeli.my
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com