Ingat tak lagi
tak? Masa mula2 pembangkang suarakan isu defisit neh. Apa yang pemimpin2
negara balas? Mereka kata pembangkang fitnah. Menipu. Memberikan
maklumat yang salah kepada orang awam. Masuk tv, masuk berita. Pongpang2
sembang kencang kutuk PR. Then bloggers2 depa pun sebarkan isu
tersebut. Then penyokong2 BN kemain bangga lagi konon nya dapat tepis
hujah2 dari PR. Perghhhhhh.. macam bagus ajer.. macam hujah betul ajer..
sial. Santau syasya meresap dalam badan aku plak tak pasal2.
Then selepas
beberapa bulan berlalu. Eh tetiba dorang punya buat pusingan maut.
Mengaku kau ada masalah defisit. Mengaku kau ekonomi akan bermasalah
jika tak laksanakan gst. Mengaku la pula kenaikan minyak itu perlu untuk
mengimbangi masalah defisit negara. Kena kurangkan subsidi atas nasihat
agensi kewangan luar yang melihat rating hutang Malaysia semakin tinggi
dari hari ke hari.
Ah sudah.
Bila orang bagi
hujah baik2. Orang tunjuk bukti baik2. Orang minta kita bincang supaya
sama2 dapat selesaikan masalah baik2 dalam parlimen. Korang taknak
mengaku. Kata PR fitnah. Last2 mengaku pula yang negara mengalami
masalah defisit.
Yang paling
melampau tue masih lagi enggan mengakui masalah defisit berpunca dari
perbelanjaan tidak berhemah oleh kakitangan kerajaan. Agensi2 kerajaan
cuai, lalai dan boros. Nak salahkan rakyat bab subsidi. Hey Ahmad
Maslan, setahun aje BN turun sebagai kerajaan, negara ini boleh settle
macam2 masalah yang korang buat. Ini bukan cakap kosong. Korang hanya
perlu turun dari kedudukan sekarang. Aku cabar neh. Aku cabar. Ikhlas
aku cakap. Tolongla turun dan tengok bagaimana rakyat melantik orang
yang bijak dan betul mentadbir negara.. korang tue bukan lantikkan
rakyat. Korang lantik diri sendiri dan rakyat terpaksa terima walaupun
tak rela.. kalau tidak kerana pilihan nya antara mati kena naya atau
hidup kena tindas, korang dah lama kami beramboskan.. fikir2kanla ek..
BTW, aku nak
bagitau sikit kat Ahmad Maslan, untuk semua kemudahan yang menteri2
terima hari neh, elaun la tol la, minyak dan sebagainya. Itu juga
merupakan salah satu bentuk subsidi tau. Tolong hapuskan tue dulu. Aku
rasa elok korang pergi kerja naik bas, bayar tol sendiri, minyak sendiri
lepas tue aku nak tengok sejauh mana korang berani lagi berlagak
sembang kencang depan rakyat. Aku nak tengok berapa lama lagi korang
berani bersikap angkuh.
" SUBSIDI PERLU DIHAPUSKAN Bagi Memperkukuh Fiskal Negara " - Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah
'Lebih banyak
subsidi akan dimansuh untuk memperkukuh fiskal negara'Rakyat mesti
bersikap terbuka, subsidi perlu dimansuh dan tidak boleh disediakan
untuk jangka panjang.
KUALA LUMPUR:
Malaysia dijangka akan mengurangkan lagi subsidi serta menghentikan
pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan bagi mengukuhkan kedudukan
fiskal negara.
Bercakap
sewaktu temu bual bersama Bloomberg, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan
Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata penghapusan akan dilakukan
secara berperingkat melibatkan petrol, gas petroleum cecair (LPG) dan
minyak masak.
"Naik taraf
Fitch menyentuh tentang kedudukan fiskal Malaysia dan usaha kita
melaksanakan konsolidasi. Justeru kita akan teruskan usaha mengukuhkan
kedudukan fiskal negara," kata Mohd Irwan.
"Akan wujud cakap-cakap, namun saya sifatkan ia hanya sementara," katanya lagi.
Pada masa sama,
Mohd Irwan berkata sebuah badan berkanun akan mengambil alih pinjaman
perumahan kakitangan kerajaan sekali gus meringankan beban berjumlah
RM40 bilion daripada akaun kerajaan.
Mohd Irwan berkata negara memperlihatkan kesungguhan memperbaik bajet yang dibayangi hutang 1MDB.
Beliau sekali
lagi menegaskan 1MDB adalah sebuah syarikat yang kukuh yang mana firma
berkenaan memiliki aset mencukupi untuk membayar hutang.
Fitch Rating
sebelum ini menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan negara memikul
liabiliti kecemasan tambahan melebihi jaminan akibat 1MDB.
Namun kerajaan memberi jaminan akan menangani hutang 1MDB dengan berhemah.
Sementara itu,
Presiden Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia Datuk Jalilah Baba
berkata pengurangan subsidi adalah langkah terbaik mengurangkan hutang
kerajaan.
"Saya tidak
rasa ia perlu dilakukan tahun ini, mungkin tahun depan atau akhir tahun
depan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
"Rakyat mesti bersikap terbuka, subsidi perlu dimansuh dan tidak boleh disediakan untuk jangka panjang," katanya lagi.
Sementara itu,
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul
Selvaraj pula berkata pengurangan subsidi tidak sesuai dilakukan pada
masa sentimen pengguna masih rapuh.
"Kita harap
kerajaan membantu rakyat supaya perbelanjaan mereka kurang dari segi
perumahan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan," katanya kepada Astro
AWANI.
Program rasionalisasi subsidi mula dijalankan sejak Julai 2010 bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan.
Sumber Astro Awani
__________________________________________________________.png)
sumber
0 Comments