Pada beberapa hari lepas wife saya telah selamat melahirkan cahaya mata
pengarang jantung hati saya yang kedua di hospital raja permaisuri
bainun di ipoh (ceaser).
Sewaktu saya menunggu detik wife saya dari dalam labour room lagi saya
tidak berpuas hati kerana sewaktu saya meneman wife saya yang sedang
kesakitan untuk melahirkan anak saya turut berjuang bersama (kedengaran
seperti melawak) saya terpaksa bertepuk tangan di dalam lobour room
tersebut menampar nyamuk yang banyak berterbangan di keliling wife saya.
Bagaimana boleh ada banyak nyamuk di dalam bilik lobour room? Sedangkan
hospital tersebut bukannya berada berhampiran hutan. Ditambah lagi
sakitnya hati saya setelah wife saya melahirkan anak kemudian mereka
ditempatkan kedalam wad.
Disitu anak kecil saya umur baru beberapa jam telah dirasmikan dengan
berekor nyamuk. Seperti nyamuk2 disitu membuat kenduri/berpesta.
Sedangkan jabatan kesihatan kerap membuat dan gemar untuk menyaman
premis2 luar berkenaan dengan nyamuk/jentitik2 tapi bagaimana di
hospital sendiri boleh menternak bukan hanya seekor, puluh ekor mungkin
beratus ekor nyamuk kemungkinan disitu. Bila kita mengadu pihak mereka
akan tarik muka konon kita hendak menuduh mereka. Bila kita viralkan
mereka kata kita membuat2 cerita. Jika xpercaya try la check in di wad
berikut. Ini baru hospital raja permaisuri bainun.
Setelah wife saya dibenarkan untuk discharge, anak saya pula telah
didapati kuning dan kemudiannya dimasukkan ke dalam wad kanak2 hospital
kuala kangsar. Disini lain pula ceritanya, setiap masa waktu melawat
saya akan tiba dihospital untuk menemani wife saya dan menhantar bekalan
agar dia tidak akan merasa kesunyian dan kekurangan manakala anak
sulung saya terpaksa saya tinggalkan kepada mertua saya. Pada suatu
ketika wife saya mengadu kepada saya mengatakan pedih pada luka ceaser
dia. Kemudian dia merasakan seperti ada cairan yang keluar pada luka
tersebut. Pada tengah malam wife saya telah menghubungi saya dan
memberitahu bahawa pihak hospital telah menyatakan semasa oprate di
hospital ipoh untuk kali kedua ini pihak hospital ipoh telah ikat teros
peranakan wife saya melalui buku pink wife saya.
Saya merasa amat terkejut dan tersentap sedangkan saya dan wife tidak
diberitahu sebarang maklumat berkenaan perkara berikut sewaktu di ipoh.
Pada keesokan harinya doktor telah double check buku pink tersebut dan
menyatakan pihak dia tersalah info bahawa proses ikat peranakan akan
dilakukan bagi oprate untuk kali ketiga. Mengapa pihak hospital begitu
mudah memberi andaian begitu tanpa memeriksa dengan teliti?
Setelah itu saya berasa sungguh marah dan berjumpa dengan doktor
tersebut untuk bertanyakan bila wife saya boleh discharge kemudian
doktor menjelaskan kepada saya dan saya terima penjelasan doktor
tersebut dan terus sabar menunggu. Keesokan harinya wife saya dibenarkan
discharge. Pada tengaharinya saya membawa wife saya pulang dan teros
lapor kepada klinik terdekat untuk membuat lawatan lanjutan. Kemudian
sewaktu diklinik desa nurse tersebut amat terkejut kerana luka pada
ceaser wife saya telah terbukak sedikit dan menyatakan keadaan tersebut
bahaya dan minta saya membawa wife untuk membuat pemeriksaan di klinik
pekan dimanong yang mempunyai doktor. Disana doktor menyatakan tiada ap2
masalah dan hanya diberikan antibiotik sahaja. Kemudian saya menghantar
wife saya pulang dan saya terpaksa pulang kerumah saya di port dickson
untuk menyelesaikan beberapa perkara.
Jarak port dickson ke kuala kangsar bukan satu jarak yang dekat lagi2
hampir menjelang musim perayaan. Minyak bukannya air dengan gst dan
harga minyak yang telah meningkat bukan satu perkara yang mudah untuk
saya hadapi lagi2 perbelanjaan ulang alik yang telah saya hadapi,
ditambahkan lagi gaji untuk bulan akan datang amat perit untuk saya
hadapkan. Sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke PD wife saya telah
menghubungi saya menyatakan dia telah menghubungi ambulans kuala kangsar
kerana darah telah keluar pada luka wife saya tanpa henti. Sekarang
wife saya telah dimasukkan semula ke wad sedangkan baru beberapa jam
tidak sampai suku hari wife saya keluar dari wad dimana doktor
mengesahkan tiada ap2 masalah pada wife dan anak saya.
__________________________________________________________
0 Comments