░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

7/11/15

Guru rogol pelajar 15 tahun dihukum penjara 10 tahun

Rogol pelajar: Rayuan guru ditolak
Rogol pelajar: Rayuan guru ditolak
Seorang guru sekolah menengah terpaksa menyambut Aidilfitri dalam penjara selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhirnya atas sabitan dan hukuman penjara 10 tahun kerana merogol pelajarnya yang berusia 15 tahun.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel tiga anggota mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan ke atas Sallehhuddin Mohd Kassim, 34, yang dijatuhi Mahkamah Tinggi di Johor, kerana merogol pelajar itu.
“Selepas menimbangkan hujahan dan keterangan kes, kami berpendapat tiada sebab bagi mahkamah ini untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi. Rayuan perayu ditolak,” kata Hakim Md Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.
Bagaimanapun, dalam keputusan sebulat suara itu, Hakim Md Raus membenarkan rayuan guru itu untuk mengetepikan hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhi Mahkamah Tinggi itu bagi pertuduhan pertama iaitu merogol pelajar sama, yang ketika kejadian berumur 14 tahun.
Mahkamah Tinggi itu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 tahun dan dua sebatan terhadap guru itu selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol pelajar perempuan itu dan hukuman itu berjalan berasingan.
Sallehhuddin didakwa merogol remaja itu di rumahnya (Sallehhuddin) di Muar, Johor, pada 4 Mei 2011, pukul 12.30 tengah hari.
Mengikut keterangan pelajar itu semasa perbicaraan kes tersebut, dia mengaku Sallehhuddin adalah “kekasih gelapnya”  dan jika di luar sekolah guru itu hanya membahasakan dirinya “I dan You” sahaja.
Hakim Md Raus bertanya kepada peguam Andrew Lourdes yang mewakili guru itu, adakah pihak pembelaan mencabar keterangan itu dengan menyoal balas mangsa, Andrew menjawab “tidak, tetapi guru itu menafikan dia adalah kekasih gelap mangsa semasa memberi keterangan dalam pembelaannya,”.
Keterangan juga menunjukkan pada hari kejadian guru itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak sedang cuti sakit manakala mangsa tidak hadir ke sekolah.
Mengikut fakta kes, guru itu telah menghantar pesanan di telefon mangsa dan memintanya supaya ponteng sekolah dan guru itu telah mengambil mangsa dan membawanya ke rumahnya dan dia telah dirogol di sebuah bilik di rumah itu.
Mangsa kemudiannya menceritakan kejadian rogol itu kepada kawan baiknya dan dia membuat laporan polis selepas peristiwa itu diketahui oleh ibunya.
Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi mewakili pihak pendakwaan. – Bernama
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com