Nampaknya, pelacur kelas atasan yang menggelarkan dirinya sebagai
Zara XXX ini bukan wanita bodoh yang boleh dipermainkan sesuka hati oleh
lelaki jalang.
Apa tidaknya, dia bukan sahaja tidak mengenal erti malu mahupun dosa
pahala malah berani bertindak licik tidak kira terhadap orang ternama
mahupun berpangkat.
Jika semalam, kecoh dengan pendedahan berani matinya tentang seorang
ustaz lulusan Universiti Al-Azhar Mesir berpangkat Datuk yang masih
berhutang sebanyak RM3,000 selepas mendapatkan khidmat seksnya selama
tiga jam.
Terbaharu, muncul lagi
kenyataan menerusi laman Facebooknya Zara XXX High School – Zara Extreme
mendakwa dia mempunyai banyak pelanggan daripada golongan VVIP yang
masih lagi tidak melunaskan bayaran.
Bagaikan mencari mangsa baru, Zara memberitahu akan mendedahkan
kesemua identiti individu termasuk yang bergelar ‘Yang Berhormat’ itu
bermula hari ini.
Anehnya, Zara seolah-olah sengaja memberi hint tersebut lebih awal seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Senang cakap, modus operandi nampak jelas ingin mengugut lelaki yang mempunyai gelaran Yang Berhormat itu.
Malah, jika difikir-fikirkan mana mungkin kepada seseorang yang
mempunyai berpangkat Datuk dan mempunyai gelaran Yang Berhormat tidak
mempunyai wang sehingga sanggup berhutang dengan seorang pelacur.
Entah-entah, pangkat dan gelaran itu hanyalah omongan kosong Zara
semata-mata untuk meletakkan dirinya sebagai pelacur kelas atasan. Ermm…
siapa tahu?
Tetapi yang peliknya, kisah pelacur ini sudah lama tersebar
sehinggakan ramai yang mencari siapakah sebenarnya wanita yang
menggelarkan dirinya Zara ini.
Menurut satu sumber, Zara dikatakan adalah seorang penjawat awam yang
bertugas sebagai pembantu tadbir undang-undang gred 17 di bahagian
kehakiman negara.

Namun, sejauh mana kebenaran infomasi ini sendiri masih menjadi tanda tanya.
Difahamkan, selain memberi perkhidmatan seks, Zara dikatakan mempunyai kelas sendiri iaitu kelas urutan zakar dan pernah menjual ubat kuat lelaki maskulin yang tiada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Apa yang kami pasti, Zara sememangnya gemar melayan suami orang seperti mana yang pernah diluahkan pelacur ini menerusi status-statusnya.
Kesimpulannya, wanita-wanita khususnya para isteri perlu sentiasa peka dengan aktiviti para suami bagi mengelakkan mereka terlibat dengan perkara sebegini. – MYNEWSHUB.CC
Video Zara melayan pelanggannya di telefon
__________________________________________________________
.png)
0 Comments