Gambar: Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berucap di hadapan keranda Ariel Sharon
TEL AVIV-
Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon
hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran
3.5 skala Richter.
Di saat
para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi
penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu,
penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu
mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.
Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.
Masya’Allah…
apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab
yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.
” SAYA
bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita
dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi
mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”
Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.
Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.
Pemimpin
Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas
diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen
untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Sharon yang
merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari
tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh
masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam
di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri
Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia
Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra
dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Menurut
beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk
wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan
beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.
.png)
sumber
0 Comments