Gambar Hiasan
INDIA – Malang berganda. Itu yang menimpa seorang remaja berusia 17
tahun apabila dia dirogol oleh dua lelaki yang sama, untuk kali kedua
selepas polis menjadikan remaja itu sebagai umpan untuk menangkap
penjenayah terbabit.
Dia dirogol kali kedua setelah anggota polis yang bertugas untuk menangkap penjenayah berkenaan gagal mengekori gadis berkenaan.
Menurut laporan media, gadis tersebut pertama kali dirogol pada 7 Julai
lalu oleh dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ketika dia sedang
berjalan dengan teman lelakinya.
Selepas merogolnya di dalam hutan, penjenayah terbabit turut merakamkan
aksi tersebut dan kemudian menggunakannya untuk mengugut gadis itu serta
keluarganya.
Mereka kemudiannya membuat laporan polis dan polis telah meminta gadis itu untuk mengatur pertemuan dengan penjenayah terbabit.
Namun ketika gadis itu bertemu dengan perogol tersebut, polis tidak
berada di situ menyebabkan dia sekali lagi diratah dua lelaki itu.
Perogol itu bagaimanapun berjaya ditahan di stesen keretapi beberapa jam
kemudian manakala anggota polis terbabit telah digantung tugas.
Meskipun polis tersebut memberi alasan gadis itu tidak memberitahu
mereka mengenai pertemuan terbabit, namun tindakan mereka menjadikan
gadis bawah umur sebagai umpan untuk menangkap penjenayah adalah salah.
0 Comments