Setelah adanya
penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang
ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta
dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad
tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .
» Abyssinia : Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20
»
Austria - Hungary : Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai
Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang
merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian
Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini
telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .
» Basutoland - Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966
»
Bengal - Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 .
Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .
»
Burma - Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun
1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan
masih mengenalinya sebagai Burma .
» Catalonia - Sebelumnya
adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan
kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara
tersebut .
» Ceylon - Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972
»
Champa - Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini .
Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.
»
Corsica - Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa
besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada
hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .
» Czechoslovakia - Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.
» Jerman Timur & Jerman Barat - Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .
» Pakistan Timur - Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentukBangladesh.
»
Gran Colombia - Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga
1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan
Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador
memutuskan untuk keluar dari penyatuan.
» Hawaii - Walaupun
mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah
diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai
kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of
America pada 1898.
» New Granada - Merupakan sebahagian dari
Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada
tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama
Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861),
United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia
(1886-sehingga sekarang)
» Yaman Utara & Yaman Selatan -
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara (
Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali
sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada
1990 dan kembali menjadi Yaman.
» Empayar Uthmaniyyah - Juga
dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi
kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika
Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.
»
Persia - Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke
benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan
semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .
»
Prussia - Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi
kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia
merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah
Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .
» Rhodesia - Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .
» Siam - Menjadi Thailand pada tahun 1939.
»
Sikkim - Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan
sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.
» Vietnam Selatan - Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .
» Southwest Afrika - Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.
»
Taiwan - Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih
dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf
Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah
mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.
» Tanganyika dan Zanzibar - 2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.
»
Texas - Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836
dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United
States pada tahun 1845.
» Tibet - Tibet merupakan sebuah
kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun
1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali
sebagaiXiZang
» Transjordan - Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946
»
USSR - Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu
Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan,
Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine
dan Uzbekistan.
» Urjanchai Republic - Terletak di Selatan
Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914,
sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .
» Vermont - Pada
1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah
negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United
States selepas penyatuan 13 koloni awal.
» West Florida -
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan
Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90
hari.
» Western Samoa - Menjadi Samoa pada 1998.
»
Yugoslavia - Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk
negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan
Slovenia.
» Zaire - Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.
__________________________________________________________
.png)
sumber
0 Comments