DS Rosmah Mansur Menjawab Fitnah
Di Tahun 2015 Pelbagai Isu Yang Timbul
Dan Dipersoalkan Oleh Rakyat Tentang Ds Rosmah Mansur, Ikuti Penjelasan
Dan Jawapan Dari Datin Seri Rosmah Mansur Sendiri Mengenai Segala
Fitnah-Fitnah yang Telah Dilemparkan Kepadanya.. Di Petik Dari Blog malayright Dan Juga FB
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.
Pembaca yang amat dikasihi;
Tibalah
masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab
segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama
ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami
tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus
terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah,
anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan
fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan
kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada
tanggapan negatif.
Apabila saya bertemu dengan
pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang
fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.
Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka
hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak
saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana
Menteri.
Justeru, saya akan memberikan
sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat
menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama
'membunuh diri sendiri'.
Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006
Saya difitnah telah bersama membunuh
mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu
membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat
lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat
yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya
berbuat begitu
Pada tarikh itu juga saya dan
Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa
Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan
Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Apabila saya difitnah dan media
menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang
tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam
gara-gara fitnah itu.
Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta
Saya
berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin
itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada
ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan
anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada
jewelry Jacob & Co.
Perkara ini telah diterangkan secara
lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip
Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah
dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit,
New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu
pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai
pada 16 April 2011.
Setelah dilihat oleh Maira, cincin
tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan
Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan
Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New
York pada 13 Mei 2011
Ketiga: Berjoli di luar negara
Kebanyakan lawatan saya ke luar
negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga
menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat
untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.
Memang kebanyakan negara yang saya
dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana
negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi.
Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun
dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita
mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu
buat kerja, bukan glamour.
Saya pernah dijemput memberi
ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan
Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011.
Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi
Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian
Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).
Bagi saya ini adalah pengiktirafan
terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden
dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.
Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki
terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi
mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah
fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya
untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara
menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya
sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.
Keempat: Pembaziran Projek Permata
Sejarah membuktikan bangsa yang
tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai
pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham
tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian
manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya
mencadangkan penubuhan Permata.
Ini idea baru. Tidak apalah, kalau
idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka
tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.
Satu lagi masalah ialah sikap
penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja
kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang
apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif
politik.
Saya tidak faham mengapa orang
mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk
kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan
mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen
pun duit itu masuk ke poket saya.
Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah
Seperti kebanyakan isteri pemimpin,
saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada
juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri.
Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia
terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.
Apabila saya ke negara tersebut,
mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka
apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai
meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata
sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin,
jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya
dan ditempah khas.
Apabila orang memberi kita sesuatu,
sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka
apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila
pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan
pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya
pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan
barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk
digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak
simpanan.
Saya sedar ramai mata yang memerhati
setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak
mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan
saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak
masuk akal.
Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan
Keenam: Isu 'First Lady'
Bagi saya gelaran First Lady tidak
menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak
Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada
Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada
pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita
Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih
rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu
dipertikaikan.
Kita di Malaysia ada institusi
Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua
kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah
ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih
melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti
Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka
isteri Presiden adalah Wanita Pertama.
Sekiranya kita menggelar Permaisuri
Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah
'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang
kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang
diiktiraf dalam perlembagaan kita.
Saya rasa dalam soal ini ramai yang
faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba
menjadikan ia sebagai isu.
Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam
Mana mungkin? Saya hanya mahu
menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya
akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah
tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap
akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.
Saya rasa pandangan salah ini muncul
disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda
politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri
Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama
Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang
menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib kata, sebenarnya
mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat
adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada
isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.
Orang yang memfitnah saya dan Datuk
Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya
senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul.
Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada
etika. Agama juga membenci perbuatan itu. Pembaca yang amat dikasihi;
Saya
serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya
sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri
yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda,
baginda beri pisang kepada orang itu. Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor...
~Baca
Tanpa prejudis. Berikan Ruang Untuk Beliau Memberikan Penjelasan,
Percaya Atau Tidak Terpulang Pada Anda Untuk Nilaikan Sendiri Wallahualam.. __________________________________________________________
.png)
0 Comments