MENYEDIHKAN..seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun ini sanggup
mempertaruhkan nyawanya berbanding membunuh seseorang yang tidak
dikenali.
Angel Ariel Escalante Perez yang dikatakan sedang berjalan pulang dari sekolah telah ditahan oleh sekumpulan samseng.
Dia diberi sepucuk pistol untuk membunuh pemandu bas atau dia dibunuh
oleh mereka dan oleh kerana bapanya seorang pemandu bas, dia rela
dibunuh.
Budak malang itu juga diberi pilihan sama ada mahu dipancung dengan
parang atau dihumban dari atas jambatan, jelas dia memilih pilihan yang
kedua itu.
Akibat keberaniannya mempertaruhkan nyawanya, Angel akhirnya dicampak dari Jambatan Incienso yang terletak di Bandar Guatemala.
Angel jatuh 135 meter dari atas namun terselamat kerana dia mendarat di
atas rimbunan pepohon namun mengalami kecedaraan parah kesan akibat
tragedi malang itu.
Dia ditemui 72 jam selepas itu dan paramedik telah mencuba sebaik
mungkin untuk menyelamatkannya namun dia meninggal dunia 15 hari
kemudian.
__________________________________________________________
.png)
0 Comments