Mulanya Umairah tidak bersetuju tetapi kata Raziah, kesalahan
ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan. Semasa polis datang
menangkap ayah Umairah, dia nampak seperti orang bodoh dan tidak
membantah langsung.
Entah dia buat-buat atau dia memang begitu, tidak tahulah. Lebih
menyakitkan hati apabila dia menjawab kata-kata anggota polis yang
menangkapnya.
“Encik, kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa dahulu. Macam itulah juga dengan saya,” kata ayah Umairah. – sial punya bapak ptuih
Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Sementara Umairah yang tamat sekolah dan cuba melupakan kisah pahitnya mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta.

__________________________________________________________
.png)
0 Comments