Pascal Najadi
percaya ada banyak lagi yang berkaitan dengan pembunuhan bapanya yang
juga pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, dan mendakwa dalang di
sebalik pembunuhan itu dibiarkan melarikan diri.
Pascal (gambar), dalam satu temu bual dengan Sarawak Report yang
disiarkan hari ini, berkata walaupun penembak bapanya ditangkap tetapi
mendakwa dalang pembunuhan itu dibiar melarikan diri.
Pascal
(gambar) juga menolak spekulasi bahawa bapanya dibunuh kerana membantu
sebuah kuil menghalang tanahnya diambil untuk pembangunan.
"Beliau tiada kaitan dengan kuil itu. Mengapa bunuh seseorang kerana sebab itu?" Pascal dipetik sebagai berkata.
Sebaliknya,
Pascal percaya bahawa kematian bapanya ada berkaitan dengan rasuah dan
pelakunya yang telah lari meninggal negara ini.
"Saya tidak ada
penjelasan atas pembunuhannya kecuali rasuah di bank dan dalang
dibiarkan melarikan diri melalui Sydney," Pascal dipetik sebagai
berkata.
Pascal mendakwa bahawa pihak Malaysia tidak membuat susulan melalui Interpol.
"Dia rakyat Malaysia, dia menaiki penerbangan ke Sydney walaupun dia menjadi suspeknya," Pascal dipetik sebagai berkata.
Pihak Australia, dakwanya, menyusuli dalang itu ke Shanghai, tetapi mendakwa Malaysia tidak mencarinya.
Hussain
ditembak mati pada 29 Julai 2013 pada jarak dekat di tempat letak
kereta selepas meninggalkan sebuah kuil Cina di Lorong Ceylon. -
MalaysiaKini
__________________________________________________________.png)
0 Comments