#Berikutan pergaduhan yang berlaku di Plaza Lowyat semalam, pihak polis
akhirnya tampil memberi penjelasan menjelaskan apa yang berlaku di
sebalik kejadian....
#Sejak dari tercetusnya pergaduhan kira-kira jam 7.50 malam semalam, orang ramai mula tertanya-tanya apa punca kejadian.....
#Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk
Zainuddin Ahmad, salah seorang dari tujuh lelaki yang terbabit sudah
ditahan polis dan mendakwa mereka ditipu oleh peniaga di Lowyat....
#"Siasatan juga akan dilihat dari segi produk dan proses jual beli
kerana mereka (yang mengamuk) mendakwa ditipu oleh peniaga...."
#Selain itu, pihaknya juga akan meminta KPDNKK agar menyiasat dakwaan terbabit....
#"Jadi bila menyebabkan penipuan kepada pengguna ini, kita minta KPDNKK
untuk bersama menyiasat perkara ini," memetik laporan dari Astro
Awani....
#Lelaki terbabit yang berusia 22 tahun telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan diserahkan kepada pihak polis....
#Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana
merusuh. Kerugian akibat kejadian pula dianggarkan melebihi RM70,000....
__________________________________________________________
0 Comments